Dulu SMS, Sekarang Online saja...

8:36 PM Faz.M 0 Comments


Assalamualaikum...
Kehadiran telefon bimbit dalam hidup manusia memang membawa banyak perubahan. Kalau dulu time handphone muncul, Nokia 3310 tu la yang paling glemer sekali. Apa orang kata, handphone baling anjing tak mati. Haha. Uish, siapa yang ada handphone ni pun dah cukup bagus dah ni. Time tu just boleh sms dan call saja la.

Ha, ini yang aku nak cakap ni. Dulu masa wifi di merata tempat belum wujud, asal duduk dekat kedai makan aje cek handphone. Mana tau kalau-kalau ada orang sms ke kan? Pastu, seronok la main sms dengan ehem-ehem la. Siapa lagi kalau dah handphone lekat kat tangan for 24/7 betul tak?

Kalau nak cakap soal teknologi handphone ni la, setahun 365 hari tu pun tak cukup. Dari handphone takde kaler, sampai la ada kaler. Dah ada kaler, ada kamera pulak, pastu true tone. Mp3 berderet pun dah boleh letak dalam handphone.

Eh, dah terlajak dah ni. Bila handphone ni dah jadi satu keperluan, wujud la macam-macam teknologi untuk mudahkan pengguna. Kalau dulu, nak main tenet kena pergi cc. Tak pun kat rumah jela. Tapi, sekarang guna handphone pun boleh. Nak cari line tenet pun senang. Dekat kedai-kedai makan sekarang mostly ada internet.

So, sekarang bila punggung dah melabuh ke kerusi handphone di tangan dah tak guna untuk sms. Tapi, online. What? Haha. Aku tak pasti sama ada korang biasa atau tak dengan situasi ni. Tapi, dalam family aku macam tu la gayanya. Bukak handphone, bukak FB, Twitter, nak tengok Youtube pun boleh jugak. Sekarang nak tunggu sms dah takde maknanya. Apa-apa info pasal kawan-kawan atau family pun banyak cakap thru FB. Aish, kalau aku memang selalu tertinggal kat belakang la. Aku cuma akan online guna handphone bila ada wifi saja.

Pada aku, aku tak kisah pun macam handphone yang aku pakai, asal boleh call, sms dan dengar lagu tu dah cukup. Tapi, pada orang yang inginkan kepuasan memang akan ikut trend bila guna handphone. Sekarang ni orang dah tak heran dah dengan brand Nokia. Sekarang time untuk Blackberry dan Iphone. Samsung pun dah jadi pilihan ramai sejak wujud Galaxy Tab dan Galaxy S.

Senang kata, handphone dan manusia memang takkan dapat dipisahkan ibarat irama dan lagu. Huhu...

Setelah mendapat desakan dari adik-beradik yang lain. Ish-ish tak baik na cakap gitu..huhu Handphone ni la yang aku pakai sekarang. Baru seminggu la camtu. Ala-ala BB la kununnye.. :p

0 orang bagi komen: