Entri TAAP sukses..

1:52 PM Faz.M 0 Comments


Assalamualaikum...
Selepas selesai saja tangan ini menaip entri tentang review Tolong!Awek Aku Pontianak, aku terus sharekan link di Twitter milik Zahiril dan Facebook milik beliau juga. Sangat tak sangka sebab dia dengan baik hatinya telah retweet balik link aku tu dan menyebabkan ramai diantara anda-anda semua yang datang menjengah dan meluangkan masa untuk membaca hasil tulisan yang tak seberapa. Terima Kasih ye...



So, sedikit sebanyak aku happy la sebab ikutkan yang datang menjengah semalam sampai 300 lebih. Mungkin la tak sehebat blogger yang femes. Tapi, pada aku ia dah cukup buat semangat blogging aku meningkat. Kan seronok bila ada orang baca entri kita walaupun tak ramai yang drops their comment. Asalkan ada yang baca pada aku tu dah memadai.



Bila ZA retweet tu aku terfikir-fikir maksudnya dia pun ada baca jugak la kan?Kalau tak, takkan dia terus nak retweet kot. Hehe. Mula la aku nak perasaan tu. Ala, perasan sikit je apa salahnya kan? Untuk suka-suka saja. J



Malam tadi saja la bukak twitter then terjumpa pulak Twitter si Pian yang kelako tak hengat dalam TAAP tu. Ape lagi, klik la button follow tu dan hantar tweet kepada dia. Dia reply la pulak. Keseronokan la aku ni main twitter. Hehe. Siapa yang tak seronok bila 'retis' reply tweet kita betul tak? Tapi, bukan semua boleh reply tweet kita. Bergantung pada apa yang kita tweet jugak la. Kalau boleh tarik perhatian dorang untuk balas, then dorang akan balas…



So, itu saja untuk hari ni. Thanks again pada siapa yang datang jengah dan baca entri TAAP sampai menaikkan trafik blog aku semalam. Heheh. Sayang korang lebih la camtu.. :p

0 orang bagi komen: