Istilah 'Nice Blog'

11:47 AM Faz.M 4 Comments


Assalamualaikum...
Kadang-kadang bila aku terlebih rajin untuk blogwalking selalu ternampak di kotak jerit orang tu mesti ada yang kata, 'hai, nice blog'. So, apa sebenarnya maksud 'nice blog' tu pada korang semua? Aku rasa setiap kali kita nak memuji orang tu tentulah ada sebab yang konkrit kan? Faktor yang pertama:

1- Layout/background blog yang cantik

Aku kata blog yang aku jengah tu 'nice blog' sebab tengok layout dia cantik. 'Cantik' di sini bukan la  bermaksud yang layout tu penuh dengan keserabutan icon blink-blink dan bermacam-macam widget. Tapi, ia simple dan sedap dipandang mata plus tak mengambil masa untuk loading blog tu.

2- Blog informasi

Most of blog yang aku jumpa dorang suka berkongsi info dengan orang ramai. Senang kata, dorang jarang mencoret kisah peribadi. Mungkin, mereka lebih selesa macam tu dan blog informasi pada aku senang tarik perhatian penjengah macam blog Dak Fahmi tuh. Hari-hari ada saja info yang dia share dengan kita.

3- Blog tutorial

Kalau aku betul-betul perlukan info untuk ubah blog aku menjadi 'nice blog' barulah aku akan jengah blog-blog tutorial ni. Pada aku, ia menjadi 'nice blog' dan buat kita rasa nak follow sebab dorang ni memang rajin jadi cikgu di alam maya ajar macam-macam benda untuk kita buat pada blog kita. Contoh blog tutorial yang aku follow adalah milik, Atikah Madiah atau nama blognya Salam Ukhwah. Dia memang rajin ajar macam mana kita nak cantikkan blog kita.

4- Pengisian blog

Last blog yang boleh buat aku follow adalah hasil tulisan mereka. Contoh terdekat adalah Hanis Zalikha. Senang kata pemilik blog-blog yang femes ni la. Sebab apa dorang femes dan ramai follower? Sebab hasil tulisan mereka dapat tambat hati kita. Jenis yang sempoi dan cool untuk kita baca. Most of them pun cantik jelita. Itu fakta!

Kenapa aku tiba-tiba rajin no bercakap soal 'nice blog' ni? Sebab ramai jugak penjengah dan pengomen aku kata blog aku ni 'nice blog'. Tapi, takrifan 'nice blog' pada mereka tu aku tak tau terletak pada apa. Yang senarai 4 kat atas tu merupakan pandangan aku mengenai 'nice blog'. Agak-agak korang 'nice blog' aku tu terletak dekat mana? Korang je kot yang mampu jawab. Hehe.

That's all for today... :)

p/s: Ce kira berapa kali aku taip 'nice blog'? :p

4 orang bagi komen:

senyumSOYA said...

saya x penah guna trademark tu..heheh rasanya.. tapi nice blog yang saya suka adalah yang simple and tak penat kapla nak bace..(^^!

tak penah ea?hehe..sy ckp sbb org selalu kata blog sy nice blog..tp, tang mana yg nice tu tak tau le..hehe..nway, thanks ye drop ur comment here.. :)

akak, nice blog!! hehehee~ nice blog for me, blog yg seronok dibaca.. ;D so ,akak ayin.. Nice blog!! ;D

hehe...tq cik fieza...nice blog ea??itu la...nak tau gak opinion org lain psl blog akak kan?? :)