Jalan-jalan cuci mata

5:39 PM Faz.M 1 Comments



Assalamualaikum...
Okeh, semalam kakak aku dan temannya bermurah hati untuk bawak pergi jalan-jalan round JB dan makan-makan. Lama dah tak update entri pasal jalan-jalan kan? Lets start!

Oleh sebab tak makan berat lagi untuk hari tu. Kami pergi ke It Roo Cafe dekat bandar JB sana. Makanan yang di order ialah...

minum la dulu kan, air kopi dan laici

santapan aku, It Roo special fried rice with air laici...

Santapan my sis bihun singapore dengan coffee

santapan Kak Intan, chicken chop dengan dua bijik telur di atasnya..nyum, nyum

Lepas perut dah kenyang rasa selesa sikit la nak berjalankan? Mulakan dengan berjalan di junk sale dekat-dekat JB Bazar tuh. Tapi, aku tak beli apa pun. So, on the way balik lalu la dekat Bukit Timbalan. Nampak gate Bangunan Sultan Ibrahim tu terbukak and ada orang keluar masuk. Rupanya ada Johor Art Festival dekat situ. Start 1-24 July ni.

Cantik sangat bangunan ni. Memang lama dah teringin nak masuk. Tapi, selalu tengok gate dia tutup je. Dah masuk-masuk dalam ada la pulak orang jual-jual barang. Macam-macam. Best. Banyak jual vintage punya barang. Tak rugi kalau korang pergi sini.

 My two luvly sister..saje suruh posing. Ha, tengok Kak Intan dah grab satu beg untuk di beli. :)

Ini antara barang yang di jual. Murah-murah. Kira kena la dengan bajet aku yang ciput ni kan?hehe

Setelah berjalan selama 4 jam, barang-barang ni la yang kami dah beli. Orang perempuan, kalau tak baju, kasut. Kalau tak kasut, beg pulak. Kalau tak beg, aksesori mesti ada..heheh

Thats all for today...
Happy reading...
('v')

1 orang bagi komen: