Kita semua sama saja

1:46 PM Faz.M 0 Comments


Assalamualaikum...
Suatu hari aku terlebih raji,n berdiri depan cermin dan menepek pelembap muka Syahirah. Tiba-tiba mak tersayang menegur....

Mak: Ninie (akak aku) muka dia dah putih dia pakai apa?
Aku: Dia pakai Syahirah la mak. Sama macam akak.
Mak: Heh?dah putih balik la muka dia. Dulu masa mengandung kan muka dia gelap.
Aku: Heh mak? Abes muka akak tak putih ke?Akak pun pakai Syahirah jugak mak.hehe (nada mengusik mak)
Mak: (Nada serba salah mak) Kau pun putih jugak. (senyum sumbing)
Aku: Ketawa saja.

Cenggitu la perbualan berapa minit antara aku dan mak aku. Mak aku ni memang tak mahu buat anak dia terasa hati. Pakai la apa pun, mak tetap kata cantik, mak tetap kata sesuai. Walaupun, adik beradik yang lain dah menjuihkan bibir, gelengkan kepala kata itu ini tak elok. Itulah sifat seorang ibu.

Pada aku, aku tak kisah kalau mak aku nak kata muka aku sama je sebab dah memang terciptanya aku sebagai orang yang berkulit gelap atau lebih sedap di dengar, hitam manis. So, takde hal la. Sengaja aku mengusik nak tengok respon mak macam mana. Hehe. Nakal gak aku ni kadang-kadang.

Dulu-dulu time sekolah memang kalau boleh nak cuba semua krim muka. Bajet muka kau yang sedia hitam tu akan putih la kan. Memang tak la. Senang kata, walau macam mana pun rupa bentuk kita, hitam ke, putih ke, sawo matang ke, gemuk ke, kurus ke, takde tangan/kaki ke, buta, pekak atau bisu sekalipun. Kita semua tetap sama di sisi Allah s.w.t. 

Apa yang membezakan adalah amal ibadat kita terhadapNya. Kita harus bersyukur dengan segala yang Allah s.w.t dah ciptakan untuk kita walaupun ada sedikit kekurangan di sana sini. Ada sebab dan hikmah kenapa kita di jadikan begitu. Jangan persoalkan mengapa dan kenapa. 

Bersyukur saja dengan apa yang kita ada. :)
Thanks sudi jengah...

Edit semata-mata

0 orang bagi komen: