Komen Aku: Tolong! Awek Aku Pontianak

11:35 AM Faz.M 3 Comments



Assalamualaikum...
Semalam, lepas mengisi perut di restoran Inchik Kenny Kenny Rogers decide untuk menonton wayang. Filem yang dipilih adalah, Tolong! awek aku pontianak. Sekarang kan tengah dalam tayangan. Hari kedua tayangan nampaknya sambutan terhadap filem ni amatlah suram. Aku menonton di TGV Tebrau City dan masuk ke panggung satu. Besar gila punya panggung. Tapi, manusia yang menyelit di situ cuma suku sahaja. 

Mungkin, orang ingat filem ni sekadar lawak-lawak bodoh bosan untuk korang tunggu menonton sehingga 1 jam 30 minit. But, you are definitely WRONG! Haha..serius no kau ni kan? Idak le, serius tak tipu, filem ni memang BEST GILA! Nak tau sebab apa? Jom ikuti siasatan aku bersama..heheh

1) Sebab Utama, Zahiril aka Daim merupakan favorite actor aku.
2) Dari awal cerita sehingga ke hujung, kita takkan berhenti ketawa. Filem ni memang KELAKAR much better then filem KONGSI.
3) Kisah cinta sweet gula-gula antara Bob dan Maya memang buat kita tersenyum feeling sorang-sorang..haha
4) Haiyo, si Pian konon bff Bob memang buat kita gelak terguling. Tak boleh blah betul la kau berlakon mat. Geli-geli aku menengoknye..haha
5) Senang cerita, movie ni memang kelakar. Pemilihan pelakon pun terbaik. Zahiril, Sazzy. Liyana Jasmay dan Pian ada kimia yang buat movie ni jadi lebih menarik. Baik korang pergi tengok CEPATTTT!!!


Kesimpulannya di sini, aih..tak tau dah eden nak kobar camno. Korang kena pergi tonton dan nilai sendiri filem ni macam mana. Mungkin juga taste kita berbeza. Ada orang akan suka lawak dalam Kongsi dan ada orang lebih suka lawak sempoi chill rilek dalam Tolong! Awek Aku Pontianak ni. So, ini semua depends on korang jugak la sebab aku sure lepas korang baca entri ni mesti korang cakap dalam nada tak percaya, 'best ke movie ni?' Pergi tengok ok. Aku tengok bebudak lelaki kemain gelak lagi tengok cerita ni. Ha, memang tak boleh disangkal lagi la kelakar tak hengatnye tu. 

Orite, that's all for today... (",)

3 orang bagi komen:

sejak bila kongsi best? TAAP ni komedi segar, sebenarnya sy dah mula bosan dgn penghasilann filem MIG a.k.a David Teoh ni, dulu sy pernah busan dgn produk Skop Prod. Tp sejak anak Datuk Yusuf take over, then datuk sendiri membuat perubahan, sy mula suka karya2 Skop semula. Tp mcm MIG ni just make money, cth Sekali Lagi, diorang labelkan komedi romantik, tp klu tgk balik ianya genre drama.

Faz.M said...

Fauzana: Haha..pd sy kongsi memang tak best..tp, ada org anggap best..mmg dah bosan pun tgk filem MIG tu. Sampaikan tiap kali trailer dia keluar kat tv dah tak blh pecaya dah filem dia lg..semua tu gara-gara filem Kongsi la..

Faz.M said...

ape tu fard???hehe..try test YE????