Originality of your own Blog

1:31 PM Faz.M 2 Comments



Assalamualaikum...
Setiap blog mesti ada style sendiri untuk sampaikan pada orang lain. Pilih la mana yang korang rasa berkenan. Sama ada nak jadikan blog korang blog info, personal blog ataupun free thinker like Namee always said. Macam aku, awal-awal dulu aku sendiri takde la nak tetapkan apa yang aku nak catat dekat sini.

Apa yang aku tulis biasanya berdasarkan apa yang aku alami. It's random. Apa yang aku terlintas nak tulis aku akan tulis. Banyaknya melalui pengalaman aku sendiri sebab aku tak begitu pandai nak mengolah topik. But, bila aku kerap baca blog Namee Roslan aku macam adore her writing so much. 

Dia suka cari topik dan elaborate ikut pendapat dia. Which means, dia kena fikir untuk jadikan topik tu menarik untuk di baca. So, itu adalah style dia dan keaslian blog dia. Tapi, bila aku rasa macam best gak buat macam tu dan aku pun mencuba. Tapi, bila aku try to be her. Memang tak boleh. Because i'm not her. Dengan mudahnya otak aku jadi stuck dan takde idea nak menulis sedangkan sebelum ni masalah camtu takde.

Serta-merta jugaklah originality of my own blog tu hilang. Rasa macam tak syok pun ada sebab selalu sangat fikir kenapa follower blog lain ramai dan aku tidak. Jadinya, bila dah bukak mata sikit dan sedar yang ramai atau tak follower kepada blog kita tu tak penting. Yang penting passion kita atau niat kita untuk menulis blog. Sama ada kita betul-betul minat atau sekadar suka-suka tulis untuk jadikan diari di alam maya.

Memang susah bila kita ada ramai follower. Kita akan asyik fikir nak tulis sesuatu yang takkan buat orang bosan. Bila asyik fikir macam tu automatically style kita menulis pun hilang. Tak syok, tak best. So, penyelesaian yang terbaik adalah, just be yourself as long as apa yang kau tulis tu tak buat orang rasa 'geli-geli' nak baca.

That's all for today..
Thanks sudi jengah... :)

2 orang bagi komen:

Cerah Jeff said...

try tengok blog sy ada originality ke tak..^^

orite CJ..sy dtg menjengah nnt ye... :)