Penangan Raya orang KITA

1:22 PM Faz.M 2 Comments


Assalamualaikum..
Kelmarin, satu hari suntuk berjalan di JB membawa adik bongsu, mak, kakak dan anak buah aku bersama. Sekarang memang tengah havoc dengan mega sale bagai dekat merata tempat. Yang paling tak boleh nak terima sangat bila dekat Plaza Angsana tengah semangat sediakan booth untuk promosi hari raya.

Dasyat gila wo! Padahal puasa pun tak lagi ni. Kemain lagi dorang promote barang-barang raya ni. Kalau setakat kain tu tak kisah sangat la. Tapi, baju-baju raya pun dah bersusun bermacam kaler dan style untuk orang membelinya.

Pada aku, rasa macam tak syok la kan. Kita still ada seminggu lagi sebelum menyambut bulan ramadan yang mulia. Tapi, orang kita dah sibuk buat promosi raya. Baju raya la, kuih raya la. Ada tu sampai dah tampal sticker 'Salam Aidilfitri' kat cermin kedai dia. Mangai. Aku rasa memang tak patut. Ibarat bulan Ramadan tu dah tak bawak apa-apa erti pada orang kita.

Sejak berapa tahun yang lepas, aku tak rasa pun yang hari raya tu best. Aku lagi teruja nak menuggu bulan puasa. Rasa tak sabar nak berpuasa, lebih beribadat pada Allah (insyaallah) dan lakukan lebih banyak amalan-amalan mulia.

Hlovate pernah kata,


Ramadhan tu hanya diertikan oleh tak makan. Ramadhan tu hanya diertikan dengan bazaar Ramadhan. Ramadhan tu hanya diertikan dengan terawih dan moreh (walaupun tak semua orang yang moreh tu pergi terawih). Ramadhan tu hanya diertikan dengan jemputan berbuka puasa di sini-sana (walau sebenarnya orang yang tak puasa bukan kerana uzur pun join sama). Ramadhan tu dah jadi budaya dan bukan lagi tuntutan agama. 
(Petikan dari Contengan Jalanan)

Tepuk dada tanya selera, tanya hati apa yang kita patut rasa dan tak guna menuding jari salahkan sesiapa. Mungkin orang yang sibuk jual baju raya awal-awal tu sebab nak cari rezeki. Niat nak join promosi. Tapi, macam mana pulak dengan niat kita?

Thanks sudi jengah... :)

2 orang bagi komen:

SITI ARFAH said...

Nice entri. :). Moga kita d beri ksemptn mnunaikan ibadah puasa tahun ini. Biar mreka2 itu dgn smngt rayanya,lumrh mnusia,mngejar duniawi semata-mata. Moga mreka d beri ksedaran. Sama2 kta berdoa agr mreka2 itu d dlm hatinya lbih smngt menanti ramdhan dan juga punya keinginan utk mnmbah amalan sbg bekalan akhirat sana. Mudah2an. :)

Faz.M said...

Insyaallah...sy pun hrp dpt beri yg terbaik utk Ramadan kali ni... :)