Semua orang ada pandangan masing-masing

3:56 PM Faz.M 2 Comments

Assalamualaikum...
Time aku nak tulis entri tentang road block hari tu, hati aku penuh rasa ragu-ragu. As usual, niat aku bercerita sekadar nak kongsi apa yang jadi pada aku. In fact, aku dah mengaku yang aku memang salah. So, aku harap ada pembaca yang tak anggap aku bukan-bukan. Tu semua untuk peringatan buat aku dan korang jugak. Sebab tu la entri tu di publish untuk jadi tatapan mata korang. 

Aku memang jenis orang yang susah nak terima opinion orang lain. Tapi, aku suka fikir dan fikir sampai fikiran aku jadi sepositif yang mungkin. Untuk terima pandangan orang lain bukan mudah walau kita selalu cakap, "Aku open minded. No hal la orang nak cakap apa pun." Betul tak apa aku cakap? Bukan mudah untuk kita terima pandangan orang lain at the first place. But, bila kita dah fikir dan fikir kita tau la baik buruknya pendapat orang tu.

Aku boleh dan akan terima setiap pendapat orang lain terhadap hasil tulisan aku. Tapi, biar la pandangan tu tak melalut ke arah lain. Menyimpang entah ke mana. Aku cakap dekat D, dia dah terus sampai Z. Advance sungguh. Naik pening kepala aku nak fikir apa yang nak disampaikan tu. Cerita aku sangat mudah. Tak perlu la belit-belit cerita sampai cakap pasal benda lain.

Seriously, ini buat aku akan lebih berhati-hati dalam penulisan dan perkongsian cerita di kemudian hari. Bukan mudah nak menulis di ruang maya kerana nowadays dengan hujung jari di mata keyboard semua akan kita jumpa. Again, ini adalah peringatan untuk aku dan mungkin juga orang lain. 

TQ...

2 orang bagi komen:

Aleen Aiden said...

yup2.alin bley terima pendapat dan teguran org as long as cara penyampaian die tu btol dan bukan btujuan menjatuhkan kite.haa...he2

Faz.M said...

itu la...kalau dia support kt, kt pun xkisah nak terima ape dia ckp kan? :)