Untungnya Budak-budak sekarang ni...

10:15 PM Faz.M 5 Comments


Assalamualaikum...
Aku terdetik nak cerita pasal ni sebab hari tu berborak dengan kakak aku dalam kereta. Masa tu dekat radio tengah pasang lagu zaman dia sekolah. Terkeluar la cerita pasal macam mana susahnya dulu-dulu nak hafal lirik lagu. Fikir-fikir balik rasa kelakar pun ada. 

Lirik Lagu
Budak-budak sekarang
Dengar aje lagu dekat radio terus pergi depan desktop/laptop. Search je dekat internet lirik lagu yang nak di hafal beria tu. Tak pun pergi je Youtube, search lagu pastu keluar video dengan lirik sekali. Ha, untung tak untung budak sekarang ni kan?

Zaman aku dulu
Kalau nak lirik lagu takde maknanya cari macam bebudak sekarang ni ha. Time aku dulu, jenuh tunggu lagu keluar dekat radio, pastu rekod dalam kaset. Lepas dah rekod, dengar la balik. Pause, Play, pause, play. Sampai dah complete lirik lagu tu baru la dapat hafal. Haha. Tak pun tunggu surat khabar hari ahad. Nanti mesti ada lirik lagu-lagu baru dorang letak untuk hari tu. Kadang-kadang tu tepakse la keluar duit beli majalah semata-mata nak lirik lagu.


Video/movie
Budak zaman sekarang
Budak sekarang senang sangat dah. Lepas habis live kat tv terus masuk dekat Youtube on the spot. Kadang tu belum habis live kat tv kat youtube dah ada dah. Gerek tak gerek la zaman sekarang ni kan. Nak tengok movie pun sejak ada Astro First ni tak yah tengok dekat panggung pun takpe. Tunggu la 2,3 minggu lepas filem tu keluar. Ha, muncul la dekat youtube nu ha...


Zaman aku dulu
Bila ada Juara Lagu ke, Anugerah skrin dekat tv jenuh la pergi beli tape tu nak rekod live kat tv. Nak tunggu ulangan memang takde maknanya la. Lepas dah rekod seronok la boleh tengok banyak kali kan?hehe. Kalau movie pulak sebab dulu panggung pun kurang makanya memang tak la tengok wayang. Tunggu la raya tahun ni. Mesti ada punya movie tu keluar kat tv. Tak pun berderet vcd beli semata-mata nak tengok. Mula-mula keluar vcd kan mahal. Ada la RM5-RM10 satu vcd. Keluar duit lagi. Aih...

Ha..itu saja la hujah aku di malam hari ni. Memang jelas la beruntungnya budak-budak sekarang. Nak dengar lagu pun tak payah susah-susah tunggu keluar dekat radio. Dalam handphone je dah berderet lagu boleh dengar. Kan seronok tu. Nampakkan bezanya tu. Tu pun kalau korang hidup time zaman aku dan lalui benda yang sama aku lalui. Itu pengalaman aku la. Budak-budak sekarang memang beruntung. Aku pun tumpang untung sekali la sebab dapat hidup di antara dua zaman... :D

Antara koeksi kaset. Sekarang kat kereta pun dah tak pakai kaset. Kereta dulu-du;u ade la kot. Sekarang tak dengar cd dengar mp3.



5 orang bagi komen:

SETUJU! dulu masa zaman Linkin Park, rekod dlm kaset, pastu dengar tepi speaker radio, nak pastikan lirik dia.. fuhhh... yg pasal surat khabar ahad tu betul.. hahahaa!! zaman doluu doluu.. ehehee~

ehehe..same ea fieza?tak sangka lak cara kita berdua sama ye..kelakar bila ingat2 balik kan?huhu

NasZ said...

skrg teknologi macam2..huhu..tak macam dulu..

jemput join segmen simple saya..

SEGMEN SIMPLE : JOM KOMEN ENTRY SAYA ...

betul tu nasz..mcm yg kt semua tgh buat skrg la..blogging..dlu2 mne reti benda ni sume kan?hehe

soooooour said...

zaman sekarang main donlod je.....hahaah...