Acuan tak semestinya sama...

3:21 PM Faz.M 2 Comments



Assalamualaikum...
Pernah dengar tak lagu Iman Mutiara? Ala, yang kumpulan Raihan nyanyi masa awal-awal masuk industri seni dulu. Aku paling ingat lirik dia part yang ni:

Iman tak dapat di warisi
Dari seorang ayah yang bertakwa
Iman tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Kenapa aku cakap macam tu? Sebab tak semestinya mak ayah seseorang itu kuat pegangan agamanya. Maka, anaknya juga begitu. Lagi zaman sekarang ni ha. Cara mendidik anak tu tak boleh di samakan macam dulu. Kena control setiap pergerakan dorang. Budak-budak sekarang ni senang memberontak. Silap langkah dorang akan mudah terpengaruh kepada perkara-perkara yang tidak baik.

Apa yang boleh aku katakan adalah. Kalau kita tengok satu-satu tu family dia jenis open. Parents dia tak kisah pun kalau anak-anak dia keluar dengan kawan-kawan lelaki sampai malam. Kalau kisah pun just teguran-teguran biasa asalkan anaknya itu tak melampaui batas. Then, tak semestinya dorang tu berperangai buruk. Buat benda-benda luar batasan.

Bagi contoh, macam family aku. Mak ayah aku bukan jenis control. But, kitaorang mesti kena faham satu benda which is respect them. Respect them as a parents. Parents aku dah bagi kepercayaan pada kami untuk mencorak hidup kami. Terpulang la kau nak jadi apa dan bagaimana as long as sebagai manusia yang baik. Bila dah macam tu, kita sebagai anak ni jangan sekali-kali hilangkan kepercayaan tu.

Bila keluar dengan lelaki. Kena ingat yang kita ada mak bapak. So, please jangan cuba-cuba nak masukkan diri kau ke lembah zina. Never. Keep remind that kita orang Islam yang termaktub dengan halal haramnya. Dan bila kita sedar yang family kita tu ada kekurangan dalam soal agama. Tak semestinya, we just follow them. If we think that we can change. Then, why not kita teruskan dengan niat baik kita tu. Please remember not to judge them. 

Bila kita rasa kita makin baik, jangan kita judge family kita tu dan jauhkan diri. Buat dorang faham yang kita mahu berubah. Insyaallah dorang akan faham dan cuba untuk faham kita. Pada aku family adalah segala-galanya. Tanpa family aku, tanpa sokongan dari mereka aku sendiri tak tahu apa akan jadi pada hidup aku sekarang. Sebagai contoh, watak Citra dalam Tahajjud Cinta.

So, mesej aku senang. Tak payah kita sibuk judge orang lain. "Eh, budak tu mak bapaknye baik-baik. Tapi, anaknya perangai macam s_ _an. " Acuan tak semestinya sama. Bila kita dilahirkan sebagai manusia. Hamba Allah di muka bumi ini. Hanya kita saja yang boleh corak hidup kita. Jika berada dipersimpangan jalan yang ada tiga cabang. Yang terus adalah jalan yang baik. Kanan dan kiri pula jalan yang akan membawa kita ke arah keburukan. So, yang mana bakal jadi pilihan kita. Fikir-fikirkan lah...

p/s: Aku tak kata aku baik sebab aku masih dalam tempoh percubaan. Sebenarnya entri ni adalah sebagai peringatan buat diri aku sendiri dan juga buat yang lain agar kita dapat menjadi hamba Allah yang lebih baik. Insyaallah...

Thanks sudi jengah... :)

2 orang bagi komen:

mr.D said...

stuju ngan entri ni..hehe

Faz.M said...

mr. dinie: cuma secebis pendapat je dinie... :)