Aku suka service Maybank

6:08 PM Faz.M 0 Comments


Assalamualaikum...
Tengahari tadi aku punya semangat nak beli satu dress kat FB ni. Harga boleh tahan. Kira mampu milik la kan. Pastu aku ada satu masalah. Maybank2u aku dah aktif tapi aku tak register no. phone lagi. Jadinya, tak boleh la nak terus beurusan secara online ni.

Dolu-dolu akak aku kata boleh je nak register kat ATM terus. Banyak kali aku 'menerai' asyik kata tak boleh. Dia soh pergi kaunter la pulak. Itu yang malas tu. Padahal Maybank dekat je dengan rumah aku ni ha. Malas nak gerak aje. Heheh.

Oleh kerana ke'excited'an aku nak grab the dress, aku sanggup nih pergi ke Maybank. Aku ni kira baru gak la jadi ahli Maybank. Dalam sebulan gitu. Sampai-sampai terus pergi ATM dulu. Cek le dulu. Mana tau kang tetiba la pulak boleh settle through ATM. Tak ke malu aku kat situ. Dah confirm le kunun2nye ni. Pergi la tanya akak cantik kat kaunter tu. Dia pun soh pergi kaunter 8. Tunggu la dalam 10 minit cenggitu. It's done!

Wah, pantas dan efisyen sungguh Maybank ni tau. Staffnye pun baik hati berbudi pekerti. Senyum, layan baik jer. Masa aku nak bukak akaun ritu pun. Ada la sekeping not RM50 aku tak nak masuk lak mesin transfer tu. Pastu, akak cantik bangsa India ni tolong aku tukarkan duit. Wah, baik betul la dorang. :)

Semua urusan pun nampak mudah dan customer tak payah nak ambil masa tunggu lama-lama. Itu yang buat aku SUKA dengan Maybank ni. Aku tak tau la service dekat branch lain macam mana. Tapi, setakat yang aku pergi dekat Kluang dan JB, dua-dua pun ok. So, lepas ni urusan aku secara online dah jadi mudah dan pantas.

p/s: Masa tengah berjalan nak masuk bank, boleh pulak terserempak dengan ex aku. Aku rasa dia memang dah nampak aku dari jauh. Bila aku dah dekat baru aku perasaan dia. Pastu nak buat-buat tak nampak kunun. Padahal ekor mata ke arah aku. Haha. Ape la lu mat. Ingat gua tak nampak ke?

0 orang bagi komen: