Bulan Puasa masa untuk bersederhana

4:14 PM Faz.M 2 Comments


Assalamualaikum...
Rasa macam dah lama tak menulis di blog. Sibuk? Boleh di katakan Ya. Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah sebab berikan aku rezeki walaupun hanya duduk di rumah. Terima kasih jugak la pada emak aku yang bawa balik banyak kain untuk aku jahit. Hehe.

Alhamdulillah jugak sebab ITB ada sikit improve. Ada usaha, ada la rezeki. Itu janji Allah s.w.t buat umatnya yang berusaha untk perbaiki hidup. Thanks to my sis, Ninie tu la yang banyak push aku untuk terus gerakkan ITB. Kalau tak, tak ke mana la gamaknya. 

Lepas tu, dalam sibuk-sibuk buat baju orang, baju aku jugak la yang tergendala. Entah bila la aku dapat jahit baju aku tu. Harapnye, seminggu sebelum raya ke dapatlah aku siapkan sepasang baju. Mana taknya, design kemain lagi. Tapi, nak menyiapkannya tu tak tau la bila. Yela, kena la utamakan customer dulu. 

Ini pun, mak aku dah gelabah takut tak sempat siapkan semua baju-baju kawan-kawan dia tu. Alhamdulillah, ada la sikit tempahan tu. Harapnya nak aku tolong tapi aku ni kalah kura-kura gak la. Haha. Mak aku yang keje tu pun boleh lagi menjahit. Adoyai, bukan senang nak jahit mata lalat oi. Makan masa tu.

Em, aku perasan sejak Ramadan bermula ni trafik blog aku jadi slow sikit la. Tak macam selalu. Kadang viewer tak sampai 20 sehari. Takpe la. Bagus gak kan. Korang semua mesti tengah semangat nak perbanyakkan ibadat kepada Allah s.w.t kan?

Itu sebab la tak banyak isu yang tak dapat aku catit di sini. Kena berSEDERHANA la sepanjang bulan puasa ni. Tak salah kalau kita banyakkan amalan kebaikan. 

Ok la, tamatkan saja bebelan kosong aku di petang hari. Moga Ramadan kali ni bawa seribu keberkatan buat kita semua. Amin...

2 orang bagi komen:

ude yin,,is nk tempah baju boleh lg x??hehehe

boleh la..baju Is kecik jer..tak ssh pon Uda Yeen nak buat..

p/s: Yek2 jer...heheh