Dugaan untuk aku di bulan puasa

4:20 PM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum...
Setiap orang diturunkan dugaan yang berbeza-beza. Tak kiralah waktu bulan Ramadan atau pun tak. Bulan Ramadankan syaitan takde. Jadinya, apa pun yang terjadi pada di kita, maksud aku pi'il buruk kita tu semua atas diri kita sendiri. Takde maknanya nak bagi alasan atas hasutan syaitan.

Kalau sebelum tibanya Ramadan, apa yang aku perasan pada diri aku ni, aku suka sangat tunjuk rasa tak senang aku pada bapak aku sendiri. Macam, bila bapak aku suruh buat kopi kang aku buat muka. Itu memang tak bagus. Tapi, bila dalam bulan puasa ni, aku sedar sendiri dan aku lebih cool dengan papa dan lebih sabar. Alhamdulillah...

Tapi, yang tak syoknya aku sedang berperang dengan hati aku sendiri. Asyik nak fikir yang buruk-buruk. Kutuk-kutuk dalam hati pun kira berdosa la kan walaupun la kita tak bagi tahu orang lain. Ish-ish..kan tak baik tu. Aih.. Lagi satu, hati aku ni asyik nak ragu-ragu tentang banyak perkara sebab kiranya sekarang aku sedang mendalami Al-quran. So, banyak perkara yang menjadi persoalan dalam diri aku.

Itu, hati dan fikiran aku la punya keje. Asyik nak fikir yang bukan-bukan. Memang tak patut. Ha, time bulan puasa ni la buat aku sedar sebenarnya segala perkara jahil yang pernah aku buat dulu benar-benar kerana hasutan syaitan, ataupun diri aku sendiri yang tak mampu handle semua tu. 

Senang cerita, bulan Ramadan penuh keberkatan ni memang kena muhasabah diri. Selami balik apa yang kita dah buat dulu-dulu. Adakah baik ataupun tidak. Nak menyucikan hati ni menjadi bersih bukan senang. Kadang luaran orang nampak baik. Tapi, niat di hati kita tak tau. Itulah yang aku maksudkan dengan peperangan hati yang sedang terjadi pada aku sekarang.

Pada Allah aku bermohon, semoga disucikan hati aku ni dari memikirkan atau berniat untuk melakukan atau mengatakan perkara yang tidak baik kepada orang lain. Kena banyak-banyak bersabar, jauhi dari sifat pemarah dan ikhlas dalam setiap perbuatan. 

p/s: Mohon maaf pada sesiapa yang terasa hati dengan keterlanjuran kata-kata aku. :)

0 orang bagi komen: