Finally, my own trifle..yeyy!

7:10 PM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum...
Punya la sibuk sampai tak sempat nak mengupdate blog kesayangan aku ni. Selalu tengok2 guna phone jela. Itu yang berhari jugak tak menulis. Bulan-bulan puasa ni macam slow sikit nak menulis.

Sebelum puasa ritu memang dah semangat gila nak try buat trifle. Semua ni sebab penangan Cik Epal yang very funny tu la. Terliur gila tengok trifle gonjeng dia tu. Hehe. Aku pun, apa lagi mesti la nak mencuba jugak kan? Jadikan air tangan aku gitu.

Actually, time study dulu pernah buat untuk event. Ada la dalam 100 bekas kecik tu ha. Tapi, tak sama la cam yang selalu tengok kat tenet tu. Kemain lagi, siap letak swiss roll ngan whipped cream. Ada tu letak strawberry. Cantik je susun layer by layer. Aku buat biasa-biasa je pun.

First sekali kena la potong swiss roll letak dalam bekas. Susun la ikut camne korang nak. Aku ni terlebih mencuba, pegi la letak roti butter scoth tu ha. Saja2 jela pun. Benda dah ada kan?

Pastu, bancuh crystal jelly dalam air didih letak dalam bekas jadikan layer yang kedua. Aku beli jelly satu kotak je. Sebab tu la dia jadi sikit macam tu.

Last sekali, letak tepung kastard yang dah dibancuh dengan setin susun cair. Atas dia letak la buah-buah sikit. Buat2 cantik dengan nak tambah rasa.

Ha, ini la rupa very simple trifle yang aku dapat buat 2 hari yang lepas. Pada siapa yang nak cuba boleh la search bahan dekat Myresipi.com ye.. :)

p/s: Hepi sebab family aku kata trifle aku menjadi. Ni yang nak buat lagi lain kali ni. Hehe. Alhamdulillah.. :D

0 orang bagi komen: