Handmade~Bunga tudung

3:04 PM Faz.M 0 Comments


Assalamualaikum...
Rindu betul nak menulis di blog. Tapi, tu la lagi berapa hari je nak raya kan? So, agak sibuk sikit la untuk persiapan raya bersama family. Takde la shopping sakan pun. Biasa-biasa jela. Orang kata, bersederhana saja. Alhamdulillah, baju raya pun dah siap jahit dengan finishing and trimming semua. Apa yang boleh aku cakap, aku sangat puas hati dengan hasil kerja aku sendiri. :)

Teringin sangat nak share dekat sini. Tapi, tak berkesempatan lagi nak take picture on my dummy. Baru cantik sikit kan? Hehe. So, hari ni nak share something yang aku buat sendiri. Akak aku la teringin bebenor nak pakai untuk raya. Nak beli rege nye aku tengok boleh tahan mahal. So, aku pun try la buat. Specific name for the 'thing', aku tak sure la pulak. Aku panggil dia bunga tudung jela. 

Contoh dia macam gambar dekat bawah ni...

Tapi, ni dah jahit dengan anak tudung dia sekali..

Yang ni pulak, yang aku cuba-cuba buat.. :)
Inilah hasilnya, setelah aku berhempas pulas bermain dengan jarum. Terucucuk-cucuk tangan aku ni ha. Akak aku punya pasal. Siap la jugak benda alah ni.

Bila dah letak kat kepala dia jadi camni. Saiz yang aku buat ni cam besar sangat la pulak. Aku main hentam je. memang agak kalerfull gak la bunga tudung ni sebab aku ikut kaler pada kain baju raya kakak aku. :)

Itu je dapat share untuk kali ni. Hope, next entry dapat share pasal baju raya pulak ea. Dah nak last-last puasa ni lipat gandakan la amal ibadat kita. Lagi-lagi la malam lailatulqadar ni kan. Insyaallah...

p/s: Aku siap warning kakak aku, "Kau jangan tak pakai pulak ni. Beria benar aku buat untuk kau." Heheh. Gila psiko aku. :p


0 orang bagi komen: