Hanya Allah tahu Kenapa & Mengapa

10:54 PM Faz.M 2 Comments


Assalamualaikum...
Petang tadi tengok la Nona. Pasal mangsa asid tu. Serius aku memang simpati gila dengan nasib yang menimpa diri dia. Siapa sangka akan jadi macam tu kan? Memang tak berperikemanusiaan betul la si pelaku tu buat macam tu. Harap-harap lepas-lepas ni takde lagi manusia bodoh macam tu yang sanggup buat orang yang takde salah pape dekat dia.


Aih, sengal tak sengal la kan. Ikut sedap coklat dia je nak buat camtu dekat orang. Pehal pulak kan? Dah kita orang perempuan ni takut-takut nak keluar rumah. Semoga penjenayah tu akan ditangkap dan diberi hukuman setimpal la satu hari nanti.

Memang bukan mudah nak terima perkara memeranjatkan macam tu dalam hidup kita. Yela, dilahirkan sempurna, cukup semua anggota badan, jelas penglihatan, mampu buat semua kerja, macam-macam lagi la. So, dekat sini aku nak kongsi la satu cerita.

Sebelum ni aku dilahirkan sempurna semuanya. Sempurna sebagai seorang manusia biasa. Segalanya cukup. Alhamdulillah. Tapi, takde siapa sangka masa umur aku 15 tahun aku terlibat dengan kemalangan jalan raya. Kaca cermin depan kereta tu termasuk dalam mata kanan aku. Kiranya condition aku time tu teruk di bahagian muka. Berdarah satu muka sampai doktor pun pelik. Padahal, takde cedera kat bahagian lain pun. Berparut gak la muka aku.

Masa tu aku reda jela bila doktor kata kemungkinan aku takkan nampak lagi. Aku tak salahkan siapa-siapa pun dalam hal ni. Ini semua takdir Allah. Ada hikmah yang kita sendiri tak tahu dan cuma Dia saja yang tahu. Takde apa-apa effect lagi time tu. Masuk umur aku 19 tahun je dah start ada selaput pada mata aku. Penglihatan pun makin kurang. Selaput tu kekal dan takkan boleh dibuang. If ada orang nak donate mata pun takkan boleh nak buat lagi sebab urat mata aku yang utama tu dah rosak teruk. Tapi, pada aku, aku tak perlukan semua tu sebab orang yang buta tu lebih perlukannya berbanding aku yang mampu melihat lagi ni.

Saat ni, mata kanan aku memang dah tak nampak dah. Still, aku tak mahu blame sesiapa pun dan tidak sekali-kali aku persoalankan kenapa semua ni terjadi pada aku, mengapa keadaan aku jadi macam ni. Apa-apa hal pun yang terjadi pada diri kita, terimalah ia dengan hati yang terbuka.

Lebih kurang camni la keadaan mata kanan aku sekarang. Tapi, mata aku merah la. Nampak cam berdarah. Orang lain tengok semua rasa sakit. Padahal aku tak rasa pape pun. Heheh

Aku tak kata aku kuat. Sometimes, i will feel down. Lagi-lagi time interview kerja. When people ask what happen to my eyes. Mata tu jelas tak? Boleh buat kerja tak nanti? That kind of question serta-merta buat confident level aku jatuh menjunam. Senang kata, aku sangat sensitif dengan perkara ni. Lagi-lagi sekarang ni, kerosakan pada mata aku ni makin jelas. Memang orang yang aku jumpa akan tanya. Mata you tu kenapa? Sebagai orang yang berbudi bahasa kena jugalah jawab sebaik mungkin untuk bagi orang tu faham. Walaupun bukan mudah untuk aku jawab soalan macam tu.

Kemungkinan untuk aku bertemu dengan lelaki yang boleh terima diri aku seadanya pun susah jugak la sebab bukan senang orang lain nak terima kelemahan kita kan? Lagi-lagi keadaan mata aku ni boleh dikatakan sebagai kecacatan kekal. Maklum la, zaman sekarang ni kebanyakan lelaki hanya memandang pada luaran saja. Apa-apa pun aku reda dengan ketentuan Allah yang maha Esa buat diri aku sekarang.

But, satu perkara yang buat aku rasa bersyukur sangat, walaupun nikmat penglihatan aku dah ditarik pada sebelah mata sahaja. Tapi, aku still diberi peluang untuk melihat dengan mata kiri aku ni ha. Aku still mampu buat semua kerja dengan dua tangan dan kaki. Masih mampu berdikari dan beribadat pada Allah s.w.t. Alhamdulillah hirabbil a'lamin. Sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang. 

Hanya itu saja yang dapat aku kongsikan bersama. Memang bukan mudah untuk kita terima musibah yang terjadi dalam hidup kita. Tapi, selagi kita sedar akan kewujudan Allah disebalik kehidupan kita, kita harus bersyukur dan bersyukur. Kalau nikmat penglihatan aku ni dah berkurang dari dua kepada satu. Aku tetap bersyukur kerana tak dilahirkan sebagai orang yang buta. Aku masih mampu melihat orang yang aku sayang. Itu la yang paling utama.

Thanks sudi jengah... :)

2 orang bagi komen:

cro~crong said...

huwaaaa,,,nk ngis boleh x???

sob,,sob,,sob,,

Faz.M said...

almk I..tak mau touching2 la..haha..
aku ok je noksss... :D