Ini Entri Sedih..

12:15 PM Faz.M 3 Comments





Assalamualaikum...
Tak tau macam mana nak mula. Mungkin, sepanjang aku menulis ni air mata aku takkan berhenti mengalir. Aku tengah sedih. Sangat. Kucing yang aku sayang dan satu-satunya kucing yang kami sekeluarga ada dah mati. Baby nama dia. Dia kena bunuh dengan anjing. Teruk jugak luka yang di buat sekawan anjing gila tu.

Malam tadi aku memang sibuk sangat. Menjahit, memasak. So, aku tak sempat nak tengok-tengok kan dia macam selalu. Bila, dia takde terus aku cari. Malam tadi memang tak perasan dia takde. Pulak tu 7 ekor anjing tengah berkeliaran. Nasib Baby memang kurang baik sebab mati di tangan anjing-anjing sewel tu. 

Dia degil. Banyak kali dah aku pesan jangan keluar malam. Tapi, tu la dia kucing. Apa dia faham kalau dia dah eksited sangat nak main. Aku sedih sangat sebab dia la peneman aku bila adik-adik aku takde. Sepanjang aku sibuk menjahit ni dia lah peneman aku dekat bilik belakang tu. Mana aku pergi kat situ la dia mengekor. Dia manja. Nasib baik dalam sibuk-sibuk aku malam tadi aku sempat bagi dia makan, sempat peluk dengan cium dia sebelum aku start masak. Sedih. 


Sebenarnya beberapa hari yang lepas, selepas subuh tu aku ngantuk sangat terus tidur. Tiba-tiba aku terjaga pukul 7.30 sebab mimpi Baby mati kena langgar kereta. Sedar-sedar tu aku terus pergi cari dia. Tapi, dia takde. Aku sedapkan hati. Nanti dia balik. Pastu sambung tidur. Terjaga dalam pukul 10.00 aku terus cari dia. Aku happy bila nampak dia kat bilik belakang. Tempat aku selalu jahit. Tidur kat situ. Aku cakap ngan dia. "Tadi, kakak mimpi Baby mati kena langgar." Aku cium dia, baring sebelah dia.


Malam tadi memang pelik sebab selalu sekali aku menjerit panggil nama dia, dia terus datang bising-bising kat aku. Tapi, malam tadi tak. Nak tidur pun tak tenang. Lepas sahur panggil lagi. Tak datang jugak. Dah cerah tadi baru cari. Dekat aje jumpa. Seberang jalan depan umah aku dia mati kena baham anjing.


Kenapa aku sedih sangat? Aku sedih sebab dia mati cara macam tu. Tak dapat aku bayangkan macam mana Baby nak lari bila 7 ekor anjing besar-besar dah keliling dia. Sedih. Tak boleh nak ingat lagi semua tu. Jumpa je dia tadi pagi air mata aku terus berjuraian. Petang 3 hari lepas sebab aku dah bosan menjahit. Mata ngantuk, aku tidur sebelah dia kat bilik belakang tu sebab memang teringin sangat nak buat semua tu.

Tak sangka tu semua sememangnya untuk kali yang terakhir. Aku reda. Tapi, untuk terima dalam sekelip mata memang susah. Aku tak boleh nak menjahit hari ni sebab asyik terbayang dia tidur dekat lantai teman aku. Mungkin korang akan fikir. Boleh cari kucing lain. Tapi, tetap tak sama sebab kami jaga Baby dari dia lahir sampat nak masuk setahun. Ya, sepatutnya bulan 9 ni Baby genap setahun. Umur Baby tak panjang pulak.

Takpe la. Ada hikmah semua ni jadi. Aku kena dan harus terima. Tunggu kakak kat sana ya Baby. Nanti mesti kita jumpa balik. Dapat main macam selalu. Kakak tak sanggup nak tatap Baby sebab Baby luka teruk. Takpe la. Kakak dah angkat Baby tadi kan? Selamat tinggal Baby. Kakak kena terima semua ni walaupun payah. Ya Allah, kuatkan lah semangat ku untuk terima ketentuanMu ini. Amin.

p/s: Entri ni memang luahan sebenar aku. Maaf kalau ter'over reacting' sebab aku cuma manusia biasa.



3 orang bagi komen:

a.c.o.m said...

eii sedih nyee .. T_T

meyaemyliya said...

sayang baby sangat2 :(
hurm..rindu baby :'(

Faz.M said...

meya: em, tu le td sidai kain trtgk plak tmpt jmpe dia tu..direct dpn mata. Aih, sedih sggh. skrg keje nye asik nk compare Eid dgn Baby. Xptot btul.. :p