Kenapa mesti tak puasa?

2:42 PM Faz.M 5 Comments



Assalamualaikum...
Puasa tinggal lagi 7 hari saja. Lepas tu raya. Raya? Entah takde feeling nak raya pun. Rasa sedih nak tinggalkan Ramadan ada la. :( 

Tak sangka masa tu cepat aje berlalu. Alhamdulillah. Ramadan kali ni bawak banyak makna dalam hidup aku. Aku sangat gembira dengan setiap hari-hari lapar dan dahaga aku sepanjang Ramadan ni. Manis sungguh Ramadan tu hanya Allah saja yang tahu.

Intro ni hanya selingan untuk topik aku nak share hari ni. As usual, sepanjang bulan puasa ni weekend saja adik kesayangan aku yang berdua tu akan pulang ke rumah. Berpuasa bersama aku, mak dan papa. Meriah sikit la rumah. Lepas tu, tengah dok menjala roti jala dekat dapur petang semalam. Adik aku pun berkongsi cerita.

Kata dia, ramai kawan-kawan dia yang tak puasa. Senang cakap, dorang ni ikut suka aje PONTENG puasa. Aku pun tak faham la. Dah besar panjang macam tu. Umur dah masuk 20 tahun masih tak mementingkan puasa di bulan Ramadan. A bit disappointing actually bila dengar ada lagi dikalangan kita yang menganggap remeh soal puasa di bulan Ramadan.

Nasib baik jugak la adik aku ni tak terjebak dengan perangai rakan serumahnya tu. Salah sorang daripada dorang sesedap mulut aje bagi alasan, "Ala, alang-alang solat fardhu tu tak buat, baik tak payah puasa." Astaghfirullah, boleh ek cakap macam tu. Sedar tak yang kamu perlekehkan itu adalah rukun Islam. Rukun di mana semua orang Islam harus berpegang kepadanya?

Lagi satu hal yang buat aku pelik dengan statement dia tu. Ya Allah, puasa setahun sekali je dik. Ce kira berapa hari kita sungguh-sungguh makan dari 365 hari tu? So, kenapa la susah sangat nak puasa? Budak kecik yang 3, 4 tahun pun sanggup puasa tau walaupun merengek-rengek mintak mak dia makanan.

Aku bukan nak cakap apa. Walaupun la aku dan adik-beradik yang lain tak habis sekolah agama. Pegangan agama tu kurang. Tapi, kami tak pernah pulak amek mudah soal puasa di bulan Ramadan ni. Wajib tetap wajib ye adik-adik. Esok-esok kalau mak ayah adik dah pergi dorang yang kena menjawab kenapa anak-anak tak puasa. Please don't blame your parents ok. Kau dah besar panjang, ada otak boleh fikir sendiri. 

Cerita berlarutan pulak masa adik aku pergi basuh kereta. Majoriti pekerja Islam dekat situ tak puasa. Selamba badak dia hirup air depan orang-orang yang puasa. Pastu adik aku nampak ada sorang customer lelaki ni nak cuci kereta jugak dengan rakusnya menyembur asap rokok. Aih, apa nak jadi la dengan kamu semua ni. 

Hari tu pun, time aku dengan mak tengok tv, tetiba budak-bidak laki balik sekolah dok melepak kat belakang rumah. Sepantas kilat aku dan mak terhidu asap rokok. Mak kata,"Ish, bau rokok. Tak puasa ke budak-budak ni?" Ya iyalah mak. Kalau dah sedap berasap macam tu mana puasanya. Sebab rumah aku ni rumah tepi, masa aku dok nak menjahit kat bilik belakang dorang nak start projek berapa hari yang lepas la kununnya. Tup-tup, dia perasan pulak aku kat bilik tu sebab tingkap terbukak. Terus, start motor blah dari situ. Hai, tau pulak malu ye?

Aku tau tentu ramai lagi seperti contoh-contoh di atas ni tegar endahkan perintah Allah yang satu ni. Kenapa mesti tak puasa kalau orang lain boleh berpuasa. Tanya pada diri sendiri, sampai bila nak ikut cara hidup yang macam tu. Ingat la, kita ni puasa cuma 30 hari je daripada setahun tu. Aku pernah terbaca yang syaitan tu dah menguasai nafsu kita selama 11 bulan. Sebab tu, kalau iman kita tak teguh memang senang sangat kita nak tergelincir. Anggaplah setiap bulan Ramadan yang kita lalui tahun demi tahun tu merupakan Ramadan terakhir kita. Siapa tahu, esok lusa malaikat maut datang untuk menuntut janjinya. Dah tak dapat nak merasa nikmatnya Ramadan untuk tahun berikutnya.

Renung-renungkanlah bersama. Thanks sudi jengah... :)

p/s: Orang 'lelaki' sangat beruntung sebab BOLEH puasa penuh tiap-tiap tahun.

5 orang bagi komen:

sgt lah bersetuju mmg ramai org xpuasa skrg nie , xtataw pasai ape

tu la..sedih btol tgk perangai dorg ni zaty..aish..

nway, tq 4 ur comment.. :)

CikMiMiey said...

sepupu ku yg tecik lg pon dh pndai pose .. hehe

p/s : font tu CM pakai yang biasa jep yang dicetak dari photoscape

RepublicAku said...

biasalah kalau sudah terlupa siapa diri kita maka semua di pandang sebelah mata cuma....

cik mimiey: yeke cik mimiey?kt tgk font CM selalu cantik2..kt bljr wat header tu pn dr blog CM la.. :)

RA: em..tu la..rmai sbnrnye yg xamek berat psl semua ni..sedih dan xsgka jgk..