Komen aku: Contengan jalanan Fend & K²

8:35 AM Faz.M 3 Comments



Assalamualaikum...
Mungkin aku terlambat untuk memberi komen. Aku sure dah melambak entri pasal novel Hlovate yang sangat menarik untuk di baca ni. Naskhah yang pada aku sangat berbaloi untuk dimiliki. Kisah perjalanan dua orang pemuda yang mencari erti hidup dan perjalanan mereka mencari Tuhan.

Aku selesai membaca beberapa hari sebelum bulan Ramadan menjelma. Tapi, jujurnya aku pernah membaca sebahagian dari kisah Fend di blog milik Hlovate sendiri. Pada aku karya ni memang betul-betul bawak kita mencari apa sebenarnya tujuan kita wujud di muka bumi Allah ni.

1- Kisah Fend

Gitaris dan vokalis Creepy Hues. Hidupnya hanya muzik, muzik dan muzik. Perjalanan hidup mula berubah setelah didorong oleh short film bertajuk The 11th Hour. Lia, si gadis yang bertanggungjawab memberi kepingan cd memuatkan The 11th Hour ini. Si Chad, cousin kepada Fend pula yang bertanggungjawab memimpin tangan Fend untuk kembali ke jalan Allah. Pegangan hati Fend tak susah untuk diterokai berbanding dengan K². Fend lebih berhati lembut dan menerima. Ending bagi kisah Fend memang buat aku sayu sebab perjuangan Fend dan Chad dalam memupuk hati kembali pada Islam berakhir dengan kematian tragis Chad yang terlibat dengan kemalangan jalan raya ketika 1 syawal. Lucky Chad sebab " The man that decided to change on the 12th hour, dies on the 11th" tak terjadi kepada diri dia sebab he died on the 10th. 

2- Kisah K²

Nama panjang adalah Ku Kamaruzzaman dan dipendekkan menjadi K² yang disebut sebagai K square. Passion K² terhadap seni sangat berbeza dengan Fend. K² mendengar apa saja jenis muzik. Padanya seni itu takde batas dan luas. Kalau boleh semua instrument dia nak khatam. K² merupakan kawan baik dan kawan sekampung kepada Fend dan Chad. Kematian Chad turut memberi impak kepada life dia. Fend pulak rasa bertanggungjawab untuk membawa K² kembali ke jalan Allah. Maka, dia cuba untuk menggunakan kaedah yang sama ketika dia mahu berubah. Kisah The 11th Hour diberi kepada K². Lain pula pendapat K² yang tak dapat nak teka maksud tersirat Fend memberi kepingan cd tu kepadanya. Fend juga mengheret K² untuk merasa kehidupan di bumi Australia. Still, K² takde rasa apa-apa sehingga sketch book hasil 'contengan jalanan Fend' di bumi Kangaroo itu di hulur ke tangan K².

Ok la, cukup sampai situ saja. It is better if korang dapatkan sebuah naskhah milik Hlovate ni di pasaran. Karya Hlovate untuk kali ni memberi aku kesedaran tentang menjadi orang Islam tak cukup dengan solat fardhu 5 waktu saja. Penting bagi kita untuk tahu makna tersirat dalam Al-quran dan melakukan amalan-amalan sunat. Lagi2 la dalan bulan puasa ni. Tak susah untuk kita mendapat pahala daripada Allah s.w.t. 

Dari apa yang aku faham, tak semua orang mendapat hidayah dengan kaedah yang sama. Ya, aku ada menonton The 11th Hour. Betul kata Fend kepada K² bahawa 'Hati orang Allah yang pegang'. Jadi dia lebih berhak tentukan sama ada kita ni akan terkesan atau tak dengan apa yang kita baca dan lihat untuk kita berubah. 

Aku sendiri memang tak dapat nak faham apa yang ada dalam The 11th Hour tu. Sungguh! Jalan cerita memang ada unsur humor. Tergelak juga la sorang2 di sebalik headphone di kepala. Tapi, dari tajuk yang aku baca, aku expect more. Aku ingat, dia akan tunjuk orang yang tak sempat nak berubah tu. Rupanya, tagline " The man that decided to change on the 12th hour, dies on the 11th" itu yang diguna pakai untuk menarik orang supaya berubah. Hati itu Allah yang pegang. Hidayah yang diterima manusia berbeza-beza sama juga seperti aku. Moga kita akan terus ingat pada Allah s.w.t yang mencipta kita didunia ini. Tak salah kalau kita nak berubah ke arah yang lebih baik dan lebih penting ke jalan yang diredai Allah s.w.t.

Thanks sudi jengah... :)

3 orang bagi komen:

Anonymous said...

semua novel hlovata best..boleh buat seorang hamba ALLAH tu berubah...insyaallah

ae-din said...

novel hlovate mmg best..suka2..sapa rasa nak ke jln yg bnr bcala versus& rooftop rant..insyaallah

mmg betul pun...karya yg berkualiti..tak cliche..novel cinta skrg byk buat remaja berkhayal yg bkn2..lbh baik dorg beralih ke karya Hlovate... :)