Please pray for Rara Zikry..

4:57 PM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum...
Aku baru sat-sat tau pasal Rara Zikry ni. Nama sebenar dia Zarith Nadhira Binti Mohamad Zikry. Kenapa pulak aku nak cakap pasal this girl actually? Sebab hidup Rara sedang di timpa musibah. Perkara ni terjadi lepas dia balik jogging dengan kawan-kawan dia. Dia kena asthma dan koma selama 2 bulan. Lepas sedar tu hidup dia dah tak normal dah. 

Dia terpaksa berbaring saja dan mengharap bantuan orang lain. Detail about her korang boleh tengok sendiri di FB page dia. Klik Sini


Honestly, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran aku adalah rasa simpati. Aku pun tengok-tengok la gambar-gambar dia. She's so beautiful. Sangat bertuah kerana dikurniakan kecantikan sebegitu rupa daripada Allah s.w.t. Ia sempurna bagi pendapat seorang perempuan seperti aku.

Tapi, apalah daya Rara sebagai manusia biasa untuk menolak ketentuan takdir untuknya. Aku harap yang Rara akan kembali seperti dulu. Kita sama-sama la berdoa yang terbaik untuk dia moga dia sembuh seperti sedia kala sebab Rara muda lagi.

Aku nak ingatkan for those people out there. Jangan menilai Rara padahal kita sendiri tak kenal pun dia siapa. Ada hikmah dari Allah s.w.t yang kita tak tahu pun. So, siapa la kita sibuk dok menghitung diri dia kenapa jadi begitu. Bukan ke lebih baik if kita doakan semoga dia cepat sembuh. Tak semestinya penampilan Rara macam tu, hati Rara tak baik. Ada orang yang kita nampak baik tapi hati dia belum tentu baik.

Sempena bulan baik yang berbaki 10 hari saja lagi ni. Bantulah apa yang terdaya untuk Rara sebab kos perubatan dia sangat tinggi every month. Sikit pun jadi la asalkan niat tu ikhlas. Kalau tak mampu dari segi kewangan pun hulurkanlah doa supaya Rara cepat sembuh ye kawan-kawan.

Thanks sudi jengah.. :)

0 orang bagi komen: