Antara Kau dan Aku~ 9

9:06 PM Faz.M 0 Comments

So, kita nak pergi mana ni Irah.” Soalan pertama muncul dari bibir Zarul. Athirah berasa janggal pula keluar berduaan begini. Sudah sekian lama dia tidak keluar bersama lelaki. Athirah memandang wajah Zarul sekilas. Zarul juga mengalih pandang ke muka Athirah. Pandangan mereka bertaut selama beberapa saat. Zarul menggaru kepalanya yang tidak gatal lalu tersenyum sumbing. Athirah tertunduk malu.

“Layan movie ok jugakkan? So, kita pergi Tebrau City jela Zarul. Is it ok with you?” Persetujuan di minta setelah cadangan di buat.

“Ehm, ok jugak tu. Zarul pun dah lama gila tak tengok wayang. Al-maklum busy. Dekat KL tu takde kawan nak ajak keluar.” Punat radio ditekan. Bosan pula membawa kereta ibarat kura-kura. Pasir Gudang memang tak pernah lengang dengan kereta. Kesesakan lalu lintas di sini sudah menjadi kebiasaan penduduknya tidak kira masa.

“Iya ke takde kawan. Student Zarul ka nada. Ajak la dia orang keluar sama.” Matanya di tala ke tengah jalan raya. Memerhati deretan kereta menanti untuk bergerak.

“Aih, kopak kalau bawak budak-budak tu berjalan Irah. Mahunya saya aje yang keluar duit.” Pedal minyak ditekan apabila Toyota Camry dihadapan mula bergerak.

“Habis tu bawak saya tak kopak la ye.” Duga Athirah pada lelaki di sebelahnya. Matanya kembali ke sisi Zarul. Zarul tersenyum nipis.

“Mana boleh samakan Irah dengan student saya walaupun Irah pun title student jugak. Hish, kenapa la JB ni tak pernah  tak jammed?” Tiba-tiba keluhan keluar dai mulut Zarul.

“Bukan KL pun sama ke? Pelik-pelik aje Zarul ni la.” Athirah tersenyum kecil.

*************************
 Hampir satu jam di dalam kereta, akhirnya mereka tiba juga di Aeon Tebrau City. Pengunjung memang ramai di hujung minggu seperti ini. Musim jualan murah pula. Makin berpusu-pusu semua orang menuju ke pusat membeli-belah ini.

“Kita pergi makan dulu ya Irah. Zarul belum isi perut dari pagi tadi.” Langkah kaki di atur ke eskalator menuju ke tingkat atas. Papan tanda kedai tertulis Macau Ekspress.

“Makan dekat sini boleh tak Irah.” Soalan diaju pada Athirah yang sedari mengunci mulut. Sepatah ditanya, sepatah juga jawapan dari Athirah. Mati akal Zarul dibuatnya. Tidak menyangka situasi seperti ini yang akan dihadapinya dalam pertemuan pertama.

“Boleh aje Zarul. Irah pernah makan dekat sini juga sebelum ni. Not bad la taste dia. Irah suka.” Ceria saja suara Athirah menuturkan jawapan buat Zarul.

“Ha, cakap banyak-banyak macam ni kan bagus. Ini tak dari tadi asyik bagi isyarat kepala aje. Macam lagu Ahli Fiqir tu.” Zarul mula mengusik Athirah. Gadis itu tertunduk malu. Selesai membuat bayaran mereka mengambil tempat di penjuru kedai. Pelanggan yang ramai menyebabkan mereka memilih untuk duduk di sudut kedai.

Zarul menadah tangan untuk membacakan doa. Athirah mengaminkannya. Santapan di hadap bersama-sama sambil memulakan interaksi. Banyak cerita dikongsi buat pertama kalinya.

“So, kerja macam mana? Ok tak.” Ayam dicubit dan di gaul bersama nasi. Mereka berdua makan menggunakan tangan sahaja. Walaupun sudu sudah tersedia. Lebih selesa mengekalkan adat melayu.

“Ok jela Irah. Seronok la sebab Zarul minat mengajar dari dulu lagi. Tapi, bukan senang tau nak didik student yang agak-agak sebaya kita ni. Ada saja soalan dia orang nak uji kita. Kadang-kadang tu kelakar juga tengok gelagat budak-budak ni.” Terbayang keletah anak-anak didiknya di kotak fikiran Zarul.
“Zarul ajar subject apa dekat sana?” Athirah mula selesa hendak berbual dengan Zarul.

Digital Illustration dengan Fashion Illustration. Zarul takde la ajar subject menjahit walaupun ada skill tu. Rasanya Zarul lebih confident untuk ajar dua subject ni sebab memang dah jadi kepakaran Zarul la Irah.” Saki baki nasi di bawa ke mulut. Air cincau diteguk perlahan. Rasa sejuk melalui kerongkongnya.

“Wah, final semester nanti boleh la Zarul tolong Irah kan?” Bersungguh-sungguh Athirah meminta pertolongan.

“Untuk Irah apa pun Zarul sanggup buat.” Zarul mengusik Athirah sekali lagi. Kertas tisu di sisi kiri dicapai lantas mengelap pinggir bibir Athirah yang kelihatan comot. Athirah tersentak. Tangannya tersentuh tangan Zarul yang sedang mengelap kesan comot itu. Sepantas itu juga tapak tangannya di bawa pergi dari tangan Zarul.

Sorry, Zarul nampak kicap dekat bibir Irah tadi.” Zarul diserbu rasa bersalah. Athirah Cuma berdiam diri. Segan dia dengan situasi yang tidak sangka sebentar tadi. 


0 orang bagi komen: