Asal sedap mata memandang..Ye ke?

4:17 PM Faz.M 7 Comments


Assalamualaikum...
Aku sangat jarang bercakap tentang lelaki. Walhal sekali bercakap pasal kaum adam ni kadang berkobar-kobar jugak aku. Lagi-lagi in the negative way. Aku bukan tak teringin nak cakap, sangat teringin. Tapi, aku takut dengan pandangan reader lelaki bila baca tulisan aku nanti. Kali ni, aku tak kira. Nak cakap jugak! Heheh.

Pernah dengar tak statement dari lelaki. Contoh:

Perempuan: Kau nak perempuan yang macam mana?
Lelaki: Kalau boleh biar la yang sopan, hormat orang tua.
Perempuan: Rupa??
Lelaki: Ala, rupa ni tak penting sangat. Asal sedap mata aku memandang ok la.
Perempuan: Maksud kau yang sedap mata kau pandang tu ape?
Lelaki: Erm..itu bila dah jumpa nanti la baru tau.
Perempuan: Ala, sedap mata memandang kau pun mesti yang cun jugak kan?
Lelaki: Err...

Bila di tanya lelaki calon-calon pilihan dia mesti ni yang baik saja. Persoalan utama, adakah kamu dah cukup BAIK untuk mencari perempuan yang baik-baik? Kadang-kadang tu bercinta sikit punya lama dah janji macam-macam. Tapi, bila perempuan buat salah sikit aje. Oh, perempuan macam ni ke aku nak buat bini? Oh, perempuan macam ni ke yang nak jadi ibu kepada anak-anak aku? Dan-dan tu jugak la kau putuskan hubungan without any strong reason. Yang merana siapa? Perempuan jugak.

Perasan tak, ramai jugak di kalangan perempuan yang berkongsi hidup dengan lelaki yang biasa saja padahal perempuan ni cun gila! Aku dah selalu nampak. Bukan nak cakap apa. Kadang lelaki tu badan besar, bini dia sikit punya cantik, slim, putih gebu. Bila dah sayang, orang perempuan takkan amek kira semua tu. Perempuan lebih terbuka dalam membuat pilihan dan perempuan memegang konsep TERIMA KAU SEADANYA. But, aku faham tak semua lelaki macam tu dan tak semua perempuan yang akan terima lelaki macam tu. 


p/s: Lelaki yang hensem untuk perempuan yang cantik. Perempuan yang cantik untuk Lelaki yang hensem. Habis tu perempuan tak cantik untuk siapa?

Thanks sudi jengah... :)

7 orang bagi komen:

saya rasa, sama je laki ngan pompuan.
bila lelaki yang betul betul ikhlas nak jadikan perempuan tu isteri.dia tak kisah semua tu.

and ada jugak perempuan yang rambang mata, pantang tengok laki handsome, mesti nak ngorat.
hehe

have a good day.

ha ah..sbb tu sy ade ckp ade jgk perempuan mcm tu..sbb manusia kan tak sempurna..kiranya, ia berbalik-balik jgk la...

p/s: Aih, ini yg ssh ble ckp soal lelaki nih..haha

mak jemah said...

try tgk entry ni dr myilham.com

http://www.myilham.com/blog/2011/07/jodoh-untuk-wanita-yang-tidak-cantik/

tq mak jemah..sy dah baca da...btol2 buat sy sedar byk perkara.. :)

suzie rahman said...

utk lelaki xhnsem lah.huhu actually pokok pangkalnyer dtg dr hati. klu jodoh xkmna.insyallah.jnji allah itu pasti.

lynndAmya said...

haha, sy sgt setuju (n_n)

lumrah berpasangan kot lynn..hrp2nye pasni lelaki lbh peka la ye..heheh