Jemputan Kahwin

1:02 PM Faz.M 2 Comments


Assalamualaikum...
Hari tu sempat gak pergi beraya di rumah bestfriend aku since secondary school. Dah 10 tahun kami berkawan. Alhamdulillah. Dia pun dah ada dua orang anak sekarang dan aku? Takde planning ke arah itu bila aku sendiri still menyendiri. 

Biasa la, bila dah berkunjung ke rumah sahabat aku ni, ada saja cerita dia nak stori mori dekat aku kan. Tadah telinga and ready untuk give the best opinion and expression. Ahaha. Dia memang suka bebenau main teka-teki teka-tekuk untuk aku. Dia kata, "Cuba teka siapa datang rumah aku hari tu?"

Jenuh aku main tembak-tembak tak berhala tuju semata-mata nak give the right answer nih. Heheh. Last-last tembakan aku mengena bila aku teka yang member aku yang sorang ni nak kahwin. So, dia jemput la sahabat baik aku ni ke majlisnya berserta dengan kad sekali.

Yang peliknya, aku tak dapat pulak kad tu sedangkan kami ni satu kelas dan dulu-dulu dia banyak share masalah cinta dia pada aku. Balik rumah tu asyik dok cakap kenapa dia tak jemput aku. Padahal kalau dia jemput sungguh-sungguh pun belum tentu aku dapat pergi. Tapi, dek kerana term kawan sekelas tu yang buat aku kecoh sendiri. 

Bila fikir-fikir balik pun takpe la kalau dia tak jemput. Takkan kita nak paksa kan? Ada gak niat nak pm dia dekat FB. Ku batalkan saja hasrat itu. Then, semalam kawan sekelas aku yang lain sms aku dan tanya pasal si dia yang nak berkahwin ni. "Aku dengar dia nak kahwin, kau ada dapat kad tak?" Ha, camtu la bunyi sms kawan lama aku ni ha. Describe panjang lebar pada dia lastly aku cakap, "Agak-agak tak dapat kad tu faham-faham jela weh."

Tup-tup, berapa minit lepas tu si bride to be ni pun sms aku jemput ke majlisnya. So, sebab musabab aku kongsi this story untuk korang semua sebab kadang-kadang kita sendiri tak tahu apa masalah kawan kita. Time sekolah dan sekarang tu lain. Maybe, dia ada masalah sendiri. Contoh, dia buat majlis kecil-kecilan saja. Bajet ciput. So, stok kad untuk kawan-kawan tu kurang. Jadinya, tak payah nak kecik-kecik ati sangatlah kalau tak dapat kad pun. Yang penting dia dah jemput daripada tak. Ala, esok-esok kad tu ke tong sampah jugakkan? 

Lagi satu, maybe dia sendiri pun sibuk. Takde masa nak hantar kad ke setiap rumah. Kira rasional la tu jemputan di Facebook. Yang penting dia memang ada niat nak jemput kawan-kawan rapat atau pun tak as long as kau kenal dia, dia nak jemput gak. So, datang la kalau ada masa.

Bila jadi camni aku pun asyik terfikir siapa yang bakal aku jemput bila aku nak kahwin nanti. Time sekolah takde la ramai kawan yang rapat pun. Kenal-kenal gitu aje la. Ada gak kawan-kawan aku yang dah kahwin tapi takde jemput aku. Aku senang jer. Orang tak jemput kita tak yah pegi. Apa susah. Bukan apa, kadang-kadang bab-bab gini memang mudah buat orang lain kecik hati. Padahal, kita sendiri pun nak buat sederhana aje. Kahwin sekarang budget tinggi oi! Semua benda nak kena fikir. Ingat senang?

Senang cakap, aku boleh jadikan semua ni sebagai pengajaran untuk aku dan untuk korang jugak mungkin. Sebelum orang lain fkir tak elok tentang kita elok la buat persediaan awal-awal. Awal-awal dah plan siapa yang akan dapat kad dan siapa yang akan dapat jemputan di Facebook. Lebih senang if kita create event dekat FB tu untuk jemput kawan-kawan kita untuk elak mereka berkecil hati. 

Itu saja, Thanks sudi jengah... :)

Ok, ini angan-angan semata-mata... :p

2 orang bagi komen:

Unknown said...

skrng memang hot topik kawin ek... ramai post psl ni

Faz.M said...

ahaha..kebetulan kot Zuan..tak pun mmg tgh musim org nak kawen..itu yg byk aje entri psl kawen..heheh.. :)