Kenapa Aku suka pergi Marhaban?

11:51 AM Faz.M 3 Comments

Assalamualaikum...
Macam biasa la lepas sakan beraya tibalah masa untuk marhaban di kawasan taman aku ni ha. Kalau kat kampung raya kedua dah jalan dah. Kat kampung panggil baraan. Sama jela kot maksudnye tu. Last year, aku tak dapat nak join sebab busy dengan final. So, this year of coz la tak nak lepaskan peluang kan?

Aku suka pergi marhaban sebab best dapat jumpa ramai penduduk taman ni la. Yela, bukan senang nak jumpa dorang kan. Dah la muka aku ni jarang nak menyinggah tahlil. Heheh. Kadang-kadang aku pegi jugak la. Tapi, memang jarang. Bila dah jumpa dorang ni macam-macam ragam kita boleh tengok. Ada tu yang aku tak sempat kenal pun. Maklum la. Orang berpindah bertukar ganti. Itu yang tak sempat nak kenal dorang tu. Nama?lagi la haram jadah nak tau. Haha.

Pastu, banyak kebaikkannya Marhaban ni. Selain dapat mengeratkan silaturrahim sesama Islam kita dapat berselawat ke atas nabi junjungan kita, Rasulullah s.a.w dan memuji kebesaran Allah swt. Benda baik tak salah untuk kita ikut kan?

Pergi rumah ke rumah jalan kaki jer..ade gak la yang bawak motor..


Tahun ni 1st time gabung lelaki dengan perempuan. Kira senang sikit la. Tak yah buat dua kali kan? Lagi meriah lagipun bila pergi ramai-ramai cenggini. :)

Dalam seronok-seronok join marhaban ni tak sangka pulak la ada jugak yang sudi hulur duit raya dekat aku. Sporting kan orang taman aku ni? Total duit raya yang aku dapat semalam RM7. Ok la tu, siapa nak bagi kan? 

Hari ni turn rumah aku pulak dorang nak berkunjung. Takde la nak masak apa pun sebab bapak aku dah kawtim dengan satu rumah ni combine makan dekat situ jer. Jimat masa sikit la sebab banyak rumah nak pergi. Hari sekolah pulak tu. So, untuk hari ni bapak aku plan nak contribute buah-buahan untuk jamu mereka semua makan... :)

p/s: Malam tadi sebelum bersurai sempat jugak AJK taman ni riuh ingatkan, 'jangan hari ni jer ramai. Harap-harap sampai hari ke-3 pun ramai macam ni jugak.' :p

Thanks sudi jengah... :)

3 orang bagi komen:

BeloG MTT said...

Hmm , dah jarang adanya Marhaban dekat kawasan rumah MTT sekarang :(

yeke?ikut tmpt kot MTT..tp, kat sini tiap2 thn mesti buat punyer..meriah rumah..tp, skrg pon bkn sume umah join..ade gak la yg xjoin..

btw, tq follow blog sy..terharu pun ade..heheh

Saiazuan said...

i like marhaban :D