Kerja oh Kerja...

4:55 PM Faz.M 6 Comments

Assalamualaikum....
Makin hari makin jarang update blog. Masa mula-mula dulu kemain lagi apa jadi pada kau semua kau nak coret dekat sini. Lama-lama, hampeh. Ape pon tak boleh la senang cakap. Nak cerita pasal diri sendiri, takut orang bosan. Nak cerita pasal orang lain cam tak sedap pulak. Nak cari topik untuk dibentangkan berabad lamanya baru idea datang bertandang. Sudahnya, terpaksa la korang mengadap stori bosan life aku as a jobless person. Bosan kan?

Entri kali ni memang takkan amek kira trafik la. Senang cakap, aku tengah bosan tahap cipan terus ketuk-ketuk keyboard nak merapu untuk hari ni. Lantak pi sana ada orang baca atau tak. Yang penting aku tengah nak meluah.

Aku habis final sem aku di poli hujung bulan 10 tahun lepas and until now aku tidak bekerja. Sekejap bebenor dah nak setahun aku melanguk macam ni ha. Bosan? Memang. Tapi, aku tak tau nak describe macam mana dan kenapa until now aku still jadi penganggur setia. 

Rezeki belum ada?

Tak jugak. Dah 3 offer terbaik yang aku tolak. Bukan nak kerek jauh sekali nak riak atau apa. Sekadar nak beritahu dan kongsi kepada semua betapa 'sengalnya' aku tak teruskan niat untuk bekerja dalam ketiga-tiga company di atas setelah di tawar gaji lebih dari RM1000. Padan muka aku kan?

Aih, ikutkan hati aku malas nak fikir bagi runsing kepala pening sebab aku tak nak tensi-tensi, serabut kepala otak dan sewaktu dengannya. So, langkah seterusnya adalah dengan buat muka dono dan berlagak selamba sambil jawab soalan orang keliling yang tak benti-benti tanya 'kerja dekat mana?' :p

Padan muka aku lagi...

Balik raya planning terus nak kerja. Ritu round mall sorang-sorang macam orang hilang arah semata-mata nak cari kerja. Dah spot dua tempat sampai saat ni no feed back at all. Sadis. Kenapa dorang tak mau amek aku kerja? Sekarang ni kepala otak aku asyik fikir yang dorang tak nak amek aku sebab penglihatan aku yang macam ni. Orang lain dah makin nampak dan peluang aku untuk bekerja dah makin tipis. Sadis.

Tapi, betul ke sebab tu? Atau aku ni yang sengal pilih-pilih kerja sampai setahun takde income yang betul-betul masyuk tanpa susahkan mak bapak?Aih, aku memang sengal. Aku selalu berdoa moga aku diberikan kerja yang takkan jauhkan diri aku dari Allah macam dulu. Buat aku lupa pada tanggungjawab aku pada Allah macam dulu. Aku tak nak. Sebab tu aku selalu berdoa moga aku diberi kerja yang terbaik yang takkan buat aku jauh daripada Allah swt. Aku takut aku jadi lupa, alpa dan lalai macam dulu.

So, hanya Allah swt saja yang tau segala hikmah di atas ketiga-tiga kerja yang aku teruskan tu. Aku cuba berfikiran positif dan tak nak nyesal-nyesal tak sudah. Yang penting kena keep trying and don't give up. Is it a good spirit or not? sigh. Entah untuk kali ke berapa.

Lastly, entri bosan aku pasal diri yang dok melanguk tanpa kerja ends here. Bosan-bosan pun entri dah panjang gila. :p

Thanks sudi jengah... :)

p/s: So, ada sape2 yang nak bagi aku kerja? :p

6 orang bagi komen:

xpe kak.. ada rezeki, nnt ada datang punya job terbaik utk akak.. saya pun sama.. grad dan 1 tahun kerja macam2 tempat.. tension bila keja tu xsesuai dgn kita.. apa2 pun, akak terus mencari dengan berusaha pelbagai cara,ok? ;)

Faz.M said...

em..tu la fieza..tensen bkn ape sbb cari keje biasa2 pun tak dpt..jd SA pun xlps mcm mane?itu yg frust sket tu..

tq for ur support la dik..akak akan terus cuba dan cuba..takkan nk hrp duit mak ayah smpai mati kan?

hope, ade la rezki tu nanti...

xpa... tu maksudnya akak akan dapat keja best punya... dalam office.. hehee~ magazine,maybe?heheee~

Faz.M said...

hope so..heheh..tp, keje magazine?dlm ofis?wow! tinggi bebenau tu..tp, best gak if dpt chance camtu kan?? :)

Unknown said...

huhu kna memilih gak bab keje2 ni :D

Faz.M said...

btol gak tu zuan..yela, dorg ckp sng tp kt yg tgh mencari ni ssh..lagi2 ble kt da ade sijil yg lbh tggi ni..org pon sbnrnye tkot nk amek..itu yg ssh tu...