Komen aku: Nasi Lemak 2.0

11:52 AM Faz.M 6 Comments

Filem Nasi Lemak 2.0

Assalamualaikum...
Sebenarnya niat untuk menonton filem ni datang dari minggu lepas lagi. Tapi, dek kerana kemalasan dan otak yang asyik berkata, "Best ke citer ni?". Makanya, hasrat tu asyik tertangguh. Semalam kakak aku pun boring-boring ajak aku tengok wayang. Aku tanya, "nak tengok cerita ape?" Dia kata," Nasi Lemak la. Macam best aje". Aku balas balik, "Ha ah, biasanya cerita yang kita tak nak tengok tu la yang best. Macam cerita Aku Tak Bodoh tu ha."

Ok, sebelum pergi tengok ada la sikit perbualan aku mengenai director filem ni. Aku hanya tau tentang pengarahnya ni masa tengok Gala Tv. Si Namewee pencetus kontroversi sikit masa dulu. Aku langsung tak tau yang filem ni menggunakan bahasa cina sepenuhnya. But, ada certain scene yang dorang guna melayu dan tamil.

Masuk saja panggung. Boleh tahan ramai jugak. Satu baris yang kami bertiga duduk semuanya orang cina. Ok, terasa segan pulak tengok cerita cina ni. Itu yang aku rasa. SEGAN. 20 minit pertama cerita membosankan . Rasa goyah mungkin sebab penonton ramai di kalangan cina. Entah apa pandangan mereka terhadap kami yang menonton.

Positifkan fikiran dan terus follow the story. Lama-lama, wah memang best. GILA BEST! Serius!Tak Tipu! Teknik CGI yang digunakan pun mantop! Filem cantik. Kira standard punya filem dan bukan buat sekadar BUAT

Apa yang paling penting adalah mesej yang cuba disampaikan melalui filem ni adalah untuk kita hidup sebagai SATU MALAYSIA. Buang semua pandangan negatif terhadap kaum lain. Apa jua yang diketengahkan dalam filem ini adalah realiti dunia sebenar di Malaysia. Memang betul. Namewee memang berhak untuk dapat ramai peminat walaupun pernah gegarkan Malaysia dulu.

Banyak scene yang aku suka. Jalan cerita pun teratur. Pencarian Hero Huang dalam mendalami resipi kesemua kaum di Malaysia sangat menarik untuk kita tonton. Itu adalah part yang paling penting sekali untuk kita sama-sama fahami dan hayati. Unsur-unsur humor sangat natural. Kami semua gelak sama-sama.

Pelakon-pelakon semua best walau hanya selingan. Dorang semua memang sporting sebab sudi bagi kerjasama pada Namewee untuk penghasilan yang terbaik dalam Nasi Lemak 2.0 ni. Siapa tak kenal nama-nama besar seperti Afdlin Shauki, Adibah Noor, Reshmonu, Nur Fathia (dia sangat cantik dalam filem ni!), David Arumugam, Karen Kong dan ramai lagi. 

Jadi, aku nak ajak korang sama-sama pergi menonton NASI LEMAK 2.0 di panggung sekarang sebelum terlambat. Lagi untung tonton filem ni dari filem yang membawa pulangan berjuta-juta tapi mesej takde. Klise. 

p/s: Tamat saja filem, baru perasan only 3 of us are Malay. Another 30 is chinese... :)

6 orang bagi komen:

Saiazuan said...

tringin nk tgk crita ni

BeloG MTT said...

Wahhh yeker best ? nanti boleh la menepekkan bijik mata tengok cite nie..Tapi tengah eksaited nak tunggu Bini Biniku Gangster ! :)

serius best..sy tak tau pndpt org lain sbb taste kita kan berbeza..but, kalau nk try tgk pun blh aje...

WuMing said...

Namewee ni memang kreatif.... Boleh kaya nii

Zuan: Kalau ade mase Zuan pergi la tgk..best.. :)

Wuming: itu la, kdg2 org seni kita xtau ape dia fikir..luar kotak..itu la yg blh sy ckp...

Saiazuan said...

baik! masa kosong akan dicari ;)