Mana entri raya?

4:00 PM Faz.M 0 Comments



Assalamualaikum...
As a blogger sepatutnya aku ada entri raya. Tapi, dah 7 Syawal baru nyibuk-nyibuk kan diri main ketuk-ketuk keyboard laptop ni ha. Asal lama no baru dapat update? (nada Edisi khas..kuikui..). Al-kisahnya, di kala akhir ramadan tempoh hari petir berdentum-dentam dekat bandar Kluang. Di kala itu, aku dah pun selamat tiba di kampung halaman, Ijok, selangor.

Akibat petir tu la jana'am telefon rumah, kipas dekat hall, modem yang di sambar petir dan astro yang dah tak keluar suara. Bosan. Balik rumah dok la mengadap tv bisu nu ha. Orang lalu-lalang kat rumah mesti pelik sebab rumah senyap aje. Oleh sebab ke semua masalah di atas la aku tak dapat nak meng'online'kan diri selepas entri sedih gila dari aku 2 hari sebelum raya hari tu. Plus, handphone yang tak secanggih mana dan improvekan diri untuk guna Hot ticket bagai... :p

Raya tahun ni TAK syok sebab:
1) Kucing aku mati
2) mak tak dapat beraya sama-sama
3) Cuti pendek untuk adik-adik dan kakak aku

Banyak lagi rumah belum round raya ni. Selalu menyempat aje kami berjalan. Tapi, this year la paling tak best sekali. Duit raya? Ada la sikit. Alhamdulillah. Rezeki bulan Syawal. Nak kena beringat tu sebelum habis beli entah apa-apa benda.

Ramai aje yang bertanya status aku sebagai penganggur tegar. Haha. Jawab ala kadar jela weh. Sebetulnya hari ni semangat nak round Kluang find job. Tapi, letih mengemas buat aku jadi malas. Heheh. Dah bosan gak ni dok rumah goyang ibu jari kaki (kalau goyang kaki maksudnya aku tak buat pape langsung. Kira ok la ada effort nak 'mengerjakan' rumah ni ha.. :p)

Gambar raya? Aih, semua takde pada aku. Tahun ni memang aku tak galak bergambar macam selalu. Tak tahu la kenapa. Dalam handphone pun takde langsung der. Takpe la. Kang kalau ada pandai-pandai la aku letak kat sini. Kan ke raya sebulan? ;)

So, aku nak jugak minta maaf. 20 jari terus aku susun nih minta maaf pada siapa-siapa yang pernah tercuit, terasa hati atau tersakit hati dengan entri aku yang lepas-lepas. Salam maaf juga aku hulur buat seluruh ahli keluarga aku jika selama ni pernah terumpat, termengata kalian semua. Ampuni adinda mu ini ye. Takut juga kalau-kalau ada yang terasa hati dan aku aku tak sempat nak mintak maaf, kan ke dok menjawab aku kat akhirat nanti. Maafkan aku ye semua....

Salam Aidilfitri... :)

0 orang bagi komen: