Orang perempuan memang emosional

10:00 PM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum...
Bila buka topik pasal perempuan tentu masing-masing ada pandangan sendiri. But, pada aku topik tentang wanita lebih senang kita terima sebab ramai sedia maklum bahawa sifat seorang wanita yang sensitif. Orang perempuan memang sensitif. Awek korang ataupun kawan-kawan korang mesti ada yang macam tu. Orang perempuan kecik punya hal pun sangat mudah tersentuh. Tengok drama melayu lagi-lagi ada scene mak dan ayah mesti bercucuran air mata. So, itu adalah buktinya. Wanita memang sensitif.

Tapi, apa akan jadi bila sensitif itu membawa kepada sikap terlebih emo. Emosional senang cakap. Sikit-sikit nak sentap. Letih mak nyah. Bila hal seperti ini berlaku apa yang perlu adalah mengawal emosi kita supaya tak jadi too emotional.

Contohnya ye. Apabila seseorang perempuan tu terpaksa berhadapan dengan situasi di mana hakikat cinta tak kesampaian. Putus cinta. Itu la bahasa yang senang. Mereka terdorong untuk meluahkan segala rasa kecewa yang terbuku di dalam dada. Tapi, mesti ada caranya.

1- Luah kepada ibu atau adik-beradik

Bila putus cinta ia bergantung kepada how we handle it. Ada orang akan menangis bagai nak rak ibarat tak nak hidup lagi. So, luah la kepada keluarga kerana mereka yang paling dekat dengan anda. Dengan dorang, korang akan dapat support untuk move on with your life.

2- Luah pada kawan baik (sahabat)

Make sure that insan itu benar-benar kawan baik yang takkan tikam belakang awak-awak semua. Kenapa aku cakap macam tu. Bukan semua orang akan ikhlas dengan kita. Kita rasa dia sahabat. Tapi, once kita ada masalah dan luah pada dia, dia tak bagi respon yang baik. Kutuk belakang lagi. So, please be careful sebab perangai orang perempuan ni macam-macam. If dia benar-benar seorang sahabat, dia akan dengar and give her shoulder for you to cry on.

3- Luah kepada yang maha Esa

Lumrah manusia. Bila ada masalah, bila sedih, bila ditimpa dugaan maha hebat baru nak teringat pada Allah. Dan-dan tu la buat solat hajat bagai, istikharah bagai, baca quran semata-mata nak dapat ketenangan. Jangan macam tu. Ingat pada Allah itu MESTI. Caranya adalah dengan jalankan segala tanggungjawab kita pada Allah swt. Insyaallah, ketenangan yang kita inginkan akan kita peroleh.

So, kenapa aku letak mengadu pada yang Esa jatuh ke tempat ketiga dan bukan pertama? Sebab orang perempuan ni memang emosional. Sekali dia kecewa dia akan luah pada orang yang terdekat di sekeliling dia. Maaf kalau aku silap sebab aku berhujah melalui pengalaman sendiri walaupun kita tak patut buat macam tu.

Aku faham bukan mudah untuk kita tabahkan hati bila kita putus kasih. Kerana itulah kita dengan mudah bertidak emotional dengan meluah ke laman sosial sesuka hati. Aku admit, aku pun pernah buat. Tapi, tidak la sampai mengeluarkan kata-kata nista. Ha, ni lagi satu. Marah macam mana pun fikir dulu sebelum buat. Sekali sampan tu dah bergerak memang sukar untuk kita berpatah balik.

Lagi la kat FB tu bukan semua kawan dalam friend list kita, kita betul-betul rapat. Takut membawa pandangan tidak baik pada mata mereka. Kadang tu kita rasa seronok sebab ramai kawan. Accept selagi boleh. Tapi, belum tentu mereka itu ikhlas. Sekadar nak stalker orang-orang muda sekarang cakap. Belakang, jadi mata-mata pada orang yang tak patut. Again, Beware!

Orite, aku tamatkan saja hujah aku setelah sehari setengah tak menjengah blog.

p/s: Kalau korang perasan entri ni memang merujuk kepada seorang blogger popular. Aku doakan dia tabah dan hope dia lebih low profile after this supaya orang lain tak cari salah dia dengan mudah. Bersabar la selagi mampu. Itu saja.. :)

Thanks sudi jengah... :D

0 orang bagi komen: