Yeay! Today is Malaysian Day!

10:33 AM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum...
Aku lahir dikala Malaysia sudah 31 tahun Merdeka. Tak sangka dah lama jugak Malaysia merdeka masa aku lahir. Baru sat tadi aku mengira. Lepas subuh tadi terus bukak tv semangat gila nak tengok sambutan Hari Malaysia dan Hari Merdeka yang bersiaran langsung di Dataran Merdeka. Alangkah bagus kalau aku dapat sama-sama bersama mereka pagi ni. Tapi, tu la jarak jauh berbatu-batu buat aku tak berkesempatan ke sana dan hanya menonton di tv.

Seriously, aku sangat bersyukur di lahirkan di dalam sebuah negara yang aman. Keamanan yang kita pertahankan selama 54 tahun. Betul ke kita betul-betul sudah bebas dari penjajah? Aku rasa tak. Sebab negara kita masih di jajah oleh anasir-anasir yang berniat jahat untuk kucar-kacirkan keamanan negara. Paling sedih bila mereka itu adalah rakyat Malaysia sendiri. Takut? Memang? Selalu aku terfikir sampai bila kita akan kekal aman? kebanyakan negara Islam dah goyah. Sebab itu PM kita sering laung Satu Malaysia supaya kita sama-sama bergabung untuk kekalkan keamanan negara. 

Sebab terlampau bersemangat dan beria-ia, aku pun amek la gambo guna handphone terus ke tv. Heheh. Tak dapat amek gambo live dekat Dataran Merdeka, dekat tv pun jadi la ye.



Siapa yang terlibat buat formasi ni memang aku kasi tabik spring pada dia sebab bayangkan selama seminggu ni dorang kena bangun pagi pergi dataran merdeka buat raptai semata-mata untuk pastikan ia teratur dan nampak cantik di mata kita. Really proud of them... :)

Sebahagian dari mereka yang menyertai sambutan hari ni...

Adoyai, ini lagi la buat aku teruja berganda-ganda sebab asyik terfikir macam mana dorang ubah diri jadi sebaris ayat. Asyik tengok betul-betul bila dorang main bukak-bukak jaket yang perlbagai warna.

Wah, Upin dan Ipin pun ada tau. Boi3 pun tak ketinggalan sama-sama ikut UI.. :)

Kontinjen Permata Seni yang terdiri dari artis-artis di Malaysia. Wah, dorang pun tak nak ketinggalan untuk sertai sambutan ni. Barisan paling depan di ketuai oleh Shaheizy Sam, Yana Samsudin dan Intan Ladyana.

Ini la barisan Permata Seni. Tak Caya? Tengok gambar bawah ni.

Kredit to Twitter Iqram Dinzly. 

Itu saja. Aku harap kita sama-sama doakan moga Malaysia kekal aman dan kita dapat hidup dalam keadaan harmoni dan bahagia. Insyaallah..

Thanks sudi jengah... :)

0 orang bagi komen: