10 Tahun dulu...

12:52 PM Faz.M 1 Comments


Hari ini hari yang begitu asing buat aku. 6 tahun bercampur dengan kawan-kawan perempuan akhirnya aku bakal menempuh hari-hari yang baru. Sekolah menengah. Permulaan bagi kisah hidup seorang aku. Bersedia ataupun tidak aku tempuhi jua. Suasana di sini begitu asing. Tiada langsung wajah-wajah yang aku kenali. Apa boleh buat, mengikut keputusan yang aku perolehi di sini tempat yang sewajarnya aku di campakkan.

Seminggu berorientasi ibarat minggu perkenalan buat aku dan teman-teman. Teman? Aku sendiri kurang pasti sama ada aku punya teman di sini ataupun tidak. Aku di tempatkan di kelas dua paling hujung. Akur. Itu saja yang mampu aku lakukan sedangkan UPSR aku tidaklah seteruk mana. Entah apa agenda 'sekolah' yang baru dibuka untuk tahun kedua ini. 1E. Maaf, aku tak ingat nama spesifik 'E' itu untuk apa.

Semua wajah-wajah di kelas ini begitu asing buat aku. Aku banyak diam kerana aku tak kenal mereka. Semua ini baru buat aku. Berada di satu kelas bercampur antara perempuan dan lelaki. Itu semua rasa yang tersangatlah asing. Tak sangka diam aku dianggap sombong oleh majoriti pelajar perempuan sebangsa aku di dalam kelas ini. Pandangan 'jengkel' mereka mula sebati dalam diri aku.

Pernah salah seorang rakan mereka yang berlainan kelas menghampiri aku ketika di perhimpunan dan berkata. "Diri betul-betul sikit boleh tak?" Aku diam tak berkata apa-apa. Sudah memang begitu la 'gaya' aku berdiri. Aku tak nampak rasionalnya kenapa aku perlu berubah demi mereka. Seminggu selepas itu, diwaktu rehat aku sekali lagi ditemukan dengan 'rakan' mereka ini. Mungkin tika ini budaya 'sound-sound' orang dah jadi asam garam dalam kehidupan mereka.

Tamat waktu sekolah dan pulang ke rumah. Aku menangis.....

1 orang bagi komen: