Faktor suka sesebuah lagu..

10:28 PM Faz.M 4 Comments


Assalamualaikum...
Macam lama beno tak mengupdate blog. Padahal baru dua hari. Saja rehatkan fikiran nak cari idea menulis. Hari ni aku nak cakap pasal lagu. Hidup kita akan sunyi tanpa alunan lagu. Tak kisah la lagu macam mana pun. Pada aku bukan mudah untuk kita jatuh cinta dengan lagu yang pertama kali kita dengar. Aku tergerak nak cakap pasal lagu ni bila aku terus jatuh cinta bila dengar lagu Skyscraper by Demi Lovato. Uish, memang susah gila kot untuk aku nyanyi lagu tu sebab nada Demi tinggi gila. Jom cekidaut apa faktor-faktor yang menyebabkan kita suka pada sesebuah lagu tu.

1- Melodi

Aku rasa kita akan suka gila dengan lagu tu bila kita dengar melodi pada lagu tersebut. Contoh lagu yang buat aku tertanya-tanya siapa penyanyinya bila 1st time dengar lagu tu adalah lagu Kisah Hati nyanyian Alyah dan Pokok gandingan Hazama dan MUH. Dua lagu ni masa mula-mula aku dengar dekat radio memang tangkap cintun terus. Lagu Freedom single terbaru Maher Zain pun buat aku teruja bila dengar. Sekali dengar je part chorus tu dah boleh hafal sebab lirik dia mudah di ingati.

2- Lirik

Bila kita dah suka pada melodi haruslah hayati liriknya pula.Certain lagu aku akan mula tertarik pada lirik. Tapi, jarang jugak la sebab melodi dah jatuh pada nombor satu. Macam lagu Pokok tu liriknya agak unik dan kita kena faham apa yang penulis lirik cuba sampaikan dari lagu tu. Lagu The Climb by Miley Cyrus, liriknya betul-betul bawak makna pada aku sebab ia berkenaan dengan seseorang yang ingin mencapai cita-cita. Penyampaian rasa cinta dari Maher Zain buat isteri tercinta untuk lagu For The Rest of My Life memang betul-betul bermakna. Sangat sesuai untuk orang lain jugak beri pada kekasih atau isteri tersayang... :)

3- Vokal

Adoyai, part ni aku rasa memang susah untuk seseorang penyanyi tu pikat para pendengar lagu dia. Aku suka dengar suara yang gemersik pada nada rendah dia dan nada tinggi yang betul-betul power. Haruslah jugak penyanyi tu tonjolkan vokal yang serupa ketika menyanyi secara live. Contohnya, lagu Skyscraper. Demi Lovato betul-betul bertuah sebab vokal dia memang teruji dengan lagu tu. Start dari barisan lirik yang pertama memang buat aku tertarik dengan gemersik suara Demi. Lagi satu lagu adalah cover version Yuna untuk lagu dari Nirvana Come as you are. Aih, itu lagi la buat aku terbuai-buai gitu. Dengan arrangment music yang asyik masyuk. Over sudah. Huhu.

Orite, itu saja. Aku rasa kadang-kadang depends on korang jugak la macam mana korang boleh terpikat dengan sesebuah lagu tu. Apa yang aku senaraikan is based on apa yang aku minat. But, mostly tiga faktor ni la yang akan buat orang suka. Aku lebih suka kepada ballad song. Lagu catchy memang lambat sikit nak minat sebab zaman tu dah berlalu. Heheh.

So, itu saja untuk hari ni. Layan video klip Demi Lovato nyanyi lagu Skyscraper ni ye kawan-kawan. Hayati lirik dia sekali. Sure korang suka punya.

Thanks sudi jengah... :)


4 orang bagi komen:

fadh leyanie said...

suka dengar lagu zainal abidin,,lirik dan melodi best :P

Fadh: Ha ah, lagu Zainal Abidin tenang je kalau dengar..lagi2 lagu Hijau.. :)

SUXX said...

lagu M.Nasir, cuba faham lirik. mendalam

suxx: uish, m.nasir?lagi la..suatu masa..mak aih, mmg gila mendalam menusuk ke qolbu lirik dia..lagu tu la dok ulang hari2 nyanyi dlm bilik air..eheh.. :)