"Kalau tak kenal buat apa tolong?"

1:03 PM Faz.M 6 Comments


Assalamualaikum...
Semalam otw nak ke bandar untuk pergi makan2 sempat la dengar selingan hotfm am krew berceloteh. Dari cerita seorang pendengar ia mungkin rentetan dari kisah adik Yue Yue yang sudah pun tinggalkan dunia ni untuk selama-lamanya. Simpati yang menggunung buat aku kepada si kecil yang tak mengerti apa-apa ni.

Daripada cerita pendengar tersebut dia berkata suatu hari di tepi jalan dia ternampak ada seorang pemuda yang dilanggar dan dibiarkan di situ cedera tanpa bantuan daripada sesiapa. Si wanita ini dengan seikhlas hati menghulurkan bantuan. Kata si mangsa, "Takpe kak." Si wanita membalas, "Biar saya hantar awak pergi hospital. Awak naik kereta dengan saya. Nanti suami saya follow dengan motor dia." Sampai di unit kecemasan hospital, petugas menanyakan siapa yang membawa mangsa ini ke hospital. Akak tu pun jawab la bahawa dia yang membawa pemuda tersebut. Kata petugas lagi, "Awak siapa dengan dia? Saya tak kenal pun dia." Kata akak itu lagi. "Kalau tak kenal buat apa awak tolong." Kata petugas itu kepada wanita berkenaan. Akak ni terkejut lantas berkata, "Tak kan kenal baru nak tolong? Takkan saya nak biar dia berdarah-darah seorang diri kat tepi jalan tu?"

Aku yang mendengar ni pun terkejut. Perlu ke kita nak menolong orang yang tengah dalam keadaan kesakitan tu dengan melihat latar belakang dia dulu. Maksud aku bila orang yang perlu pertolongan tu dalam keadaan yang berdarah-darah dah tak larat, sorang diri pulak tu kat tepi jalan. So, kita sebagai manusia yang ada hati dan perasaan ni takkan nak tengok je kan? Tindakan akak tu tak usah dipersoalkan sebenarnya. Dia menolong kerana dia ikhlas nak menolong.

Aku pernah alami benda ni. Masa aku terlibat dengan kemalangan berdarah-darah satu badan ni ada dua orang pemuda yang tolong bawak aku ke hospital. Aku memang tak nampak muka dia sebab mata aku tak boleh bukak. Aku boleh ingat sampai sekarang macam mana cemasnya dia bawak aku ke hospital. Kerana padanya satu nyawa tu sangat berharga. Tapi, alhamdulillah rupanya kecedaraan aku tu hanya pada muka. Tak terlibat dengan mana-mana anggota badan. Nasib baik juga dua pemuda yang baik hati tu ada dekat situ dan dapat tolong aku. Cuba bayangkan kalau mereka berpendirian, "Tak kenal buat apa tolong?" Mungkin dua-dua belah mata aku dah buta sekarang dan tak berupaya untuk melihat orang-orang yang aku sayang.

Aku sangat berterima kasih kepada mereka walaupun aku tak nampak muka dorang, tak kenal muka dorang dan tak tau mana nak cari mereka berdua yang baik hati ni. Rasa ralat sangat. Tapi, aku akan sentiasa doakan semoga hidup mereka berdua di berkati dan di rahmati Allah swt dunia dan akhirat. Amin.

p/s: Rasa ralat sangat sebab terima kasih pun aku tak sempat nak cakap pada mereka berdua. Dah 9 tahun dah pun peristiwa ni berlaku....

6 orang bagi komen:

meyaemyliya said...

ish2,, teruk betul org tu... blennye org yg kenal nak lalu time2 kejadian mcm ni.. ish2...

Saiazuan said...

hmm dah kena diri sndri bru tau hargai pertolongan tu..

meya: tu la meya..ntah kenapa dia tanya soalan tak patut cmtu..

Zuan: Yela Zuan, kdg dorg ni ckp tak fikir dulu...

waaa,,,ayin,,,ko buat aku teringat kat 2 orang brader tuh,,,btul2,,,mane lah mereka sekarang,,,,mcm ne nak carik yek,,,huhu,,,aku pun mcm xsempat ckp terima kasih je,,,dah kelam kabut sgt,,,,

Ninie: haha...tu la..aku pun tetibe teringat tu yg buat entri terus tu... :)

~kalau la semua orang pikir cam tue..mungkin banyak nyawa yang xsempat diselamatkan..