Lend me your ears...

8:33 PM Faz.M 2 Comments



Assalamualaikum...
Familiar tak dengan tajuk entri aku kali ni? Kalau ya sila angkat tangan!Hehe. Berapa ramai orang yang sanggup mendengar masalah orang lain? Maksud aku mendengar dengan ikhlas dan bukan kerana terpaksa. Mendengar dan memberi a good respond. It's not easy. Lagi-lagi bila orang tu sedang berhadapan dengan masalah. Takkan bila dia tengah marah-marah kita lagi nak mengapi-apikan kemarahan dia tu. Aip, jangan camtu...

Tak baik ye kawan-kawan... :)

In Trouble
Biasanya orang yang mengadu masalah kepada orang lain ni kiranya dia tengah susah. Susah ni ada banyak erti. Susah dari segi duit, hidup, cinta. Macam-macam. Aku selalu berhadapan dengan orang yang susah hati. Time-time gini aku akan mendengar dengan penuh prihatin dan yang paling penting bagi good respond and semangat buat dorang. Senang cakap kena support dorang. Lagi-lagi bila kita rasa orang tu down gila dengan diri dia.

Ini pengalaman aku. Kalau tak kerana aku dah lalui, mungkin aku tak kongsi di sini. Berapa hari yang lepas aku bersms dengan teman lama yang runsing sebab masih tak bekerja. Bila dia bercerita aku kena dengar dan faham. Lastly, dia kata kalau ada apa-apa masalah memang kena cakap dengan aku sebab aku saja yang faham dilema perasaan dia. I'm glad...

Understanding
Ia berbalik kepada sifat memahami. Bukan semua orang boleh faham. Pada aku, bila orang tu bercerita/mengadu, kita kena cuba letak diri kita dalam keadaan dia. Kadang susah jugak. We need to try. Ada situasi yang kadang-kadang kita tak setuju dengan keputusan yang dia ambil. But, instead of other people yang asyik bagi pendapat negatif apa salahnya kita sokong saja apa yang dia buat. In a good way i mean. Takkan dia kata nak membunuh/mencuri kau nak kata ya jugakkan?

Contohnya, kawan kita tu sedang in love dengan orang yang dah punya kekasih. Si lelaki pulak bagi good respond dan berjanji macam-macam. Kita tak setuju. But, do we have a choice? Takkan nak kata, "tak baik kau buat macam tu." Sedangkan dia memang tau pun benda tu tak baik? So, biarkan saja mereka dengan keadaan ni until dia sedar dan belajar apa itu pengalaman hidup dan risiko yang akan kau dapat bila keputusan tu yang kau dah ambil.

Temporary
Sometimes, kita juga terpaksa berhadapan dengan situasi di mana orang yang selalu mengadu masalah pada kita tu lupakan kita. It's temporary. Kenapa? Sebab bila dia rasa susah dan ingin tempat berbicara dia akan datang pada kita balik. Bila senang kita khabar kita pun dia tak ingin nak ambil tahu.

Contohnya, kawan lelaki A yang agak rapat dapat peluang jadi ahli gomen. Time training boleh pula ingat mendail nombor si A mengadu itu ini. Aku susah, macam-macam kena buat. But, once dah lepas training dah senang, dah ada kerja tetap. Jangankan nombor telefon, nama si A ni pun dia dah tak ingat agaknya. Si A pulak malas layan la. Tunggu dan lihat dan pasti si lelaki akan cari si A balik bila dia susah nanti.

Kesimpulannya, pernah tak kita terfikir atau cuba untuk fikir apa perasaan orang yang menjadi pendengar setia tu. Fikir lagi, berapa kali dia adu masalah dia pada kita? Ada atau kita saja yang banyak mengadu pada dia? Pernah terfikir jugak tak, time kita bercerita itu adakah kawan kita betul-betul takde masalah lain? Kalau tak pernah fikir, cuba fikir dan lebih baik jika kita bertanya kepada mereka.

Percaya atau tak, jika soalan itu kita ajukan pada mereka. Mereka hanya sekadar tersenyum... :)

p/s: Being a good listener is not easy....Really... :)

2 orang bagi komen:

fadh leyanie said...

setuju dengan entri ni..dah macam kaunselor dah :)
bila kte dengar luahan dorg,luahan dorg tu kta kna rahsiakan.bukan semua org mampu mnjadi pendengar setia.

fadh: tu la fadh, ble dorg cerita takkan nk diam kan?bantu apa yg mmpu jela..dengar pun kira tolong jgk la kan???