23 tahun..

3:03 PM Faz.M 2 Comments


Aidilfitri 2010..
Memang setahun sekali saja keluarga aku akan pulang ke kampung. Faktor jarak jauh dari Selatan ke Selangor (adakah Selangor itu arah utara?) dan juga masa yang tak mengizinkan menyebabkan kami hanya berkesempatan beramah mera dengan saudara mara tika aidilfitri datang menjelma.

Tengahari raya kedua kami bergerak ke rumah Mak Lang Sam yang terletak di Kuang. Raya pertama biasa akan berjalan sakan di kampung abah. Esok hari di raya kedua barulah berjalan di keluarga belah ibu pula. Masuk ke rumah Mak Lang Sam hanya keluarganya saja yang berada di rumah. Tidak seperti tahun lepas kebanyakan saudara mara akan berkumpul di situ.

Kami hanya duduk di ruang tamu. Aisyah keluar dari dapur dengan membawa sedulang air berserta gelas-gelas yang disusun cantik di atas dulang. Mata aku tak lepas dari memandang penampilan baru Aisyah yang tidak lagi menyarung 'baby-t'. Maklum la, kami memang jarang berkunjung ke rumah Mak Lang Sam jika tidak ada sebarang hal. Aku teliti segenap inci tubuh Aisyah yang kini menyarung t-shirt bersaiz besar berlengan panjang dan memakai tudung menutupi dada.

Aku tahu bahawa Aisyah memang sudah lama bertudung. Ketika masih menuntut barangkali. Aku sendiri kurang pasti. Aisyah hanya tersenyum memandang kami semua. Aisyah memang begitu. Jarang bersembang panjang dengan kami. Tidak biasa mungkin. Aku menuruti langkah kaki Aisyah hingga dia ke dapur sekali lagi. Hati aku asyik mengulang tanya, "Aisyah dah berubah? Bukan dia dulu sama macam aku ke? Eh, dia kan baru 23. Takkan cepat sangat berubah kot. Dah puas enjoy ke? Tapi, aku bukan enjoy sangat pun. I mean, aku cuma mengikut trend semasa plus aku merupakan pelajar jurusan fesyen dan Aisyah cuma tua setahun dari aku. Kan muda tu? Aisyah tak rasa macam tu ke?" Kata hati aku tika itu hanya aku pendam seorang diri.

2011, 23 tahun...
Aku memandang sekitar aku. Jelas kami berbeza. Adakah aku cukup kuat untuk mengharungi semua ini? Mampukah aku kekal di jalan ini? Apa yang harus aku lakukan sebenarnya? hati resah tak berkesudahan. Hanya pada Allah aku mohon diberi petunjuk dan kekuatan. Aku cuba berlagak biasa agar yang lain tidak terasa. Memohon agar mereka memahami bahawa kini aku sedang menyelusuri jalan suci. 

Aku. Kini. 23 tahun. Umur yang sama seperti Aisyah tahun lepas. Siapa sangka aku kini begini. Aku sendiri tak menjangkakannya. Aku masih berusaha kerana aku tahu ia belum cukup. Belum cukup untuk menjadi muslim yang lebih baik. Aku sedang belajar dari segenap sudut. Ia benar-benar buat aku sedar dan bersyukur kerana  jalan baik itu telah dibuka oleh Allah s.w.t buat aku. Mereka juga sudah boleh menerima dengan hati terbuka. Buat aku sedar satu perkara. Lambat atau cepat, muda atau tua, jika Allah menginginkannya kita tetap menerima hidayah darinya jika kita merupakan insan terpilih. Perkara yang manis dalam hidup aku telah berlaku. Hanya satu, Alhamdulillah. Aku sangat bersyukur di atas hidayah yang kau beri pada ku Ya Allah...

Aku pegang kata Hlovate, "Hati orang Allah yang pegang."

2 orang bagi komen:

Alhamdulillah...sesungguhnya hidayah itu milik Allah dan Dia berhak memberikan sesiapa saja yg diinginiNya...

Faz.M said...

"Hati orang Allah yang pegang..."

:)