"Aku nak berubah la..."

2:49 PM Faz.M 0 Comments


*Berdasarkan kisah benar. Cerita telah di olah menjadi lebih menarik.*

"Man! Nasi goreng kampung dua. Satu tu nak telor mata." Pekik Jali dari arah pintu dapur Restoran Selera Selatan.

"Siap!" Man membalas sambil tangannya lincah menyiapkan makanan pelanggan yang sebelumnya.

Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Kesemua pekerja Restoran Selera Selatan mula berkemas-kemas untuk menamatkan perniagaan pagi itu.

"Jali, balik nanti aku nak lepak dengan kau kejap. Rasa macam dah lama tak borak-borak dengan kau." Suara Man memecah kesibukan 4 orang pekerja yang lain yang sibuk mengangkat kerusi di bahagian bawah kedai.

"Ha, yela. Kita lepak kat depan rumah aku la.." Jali memberi persetujuan. Sementara Man pula melakar senyuman segaris.

Di hadapan rumah Jali.

Galak mereka berbual banyak perkara. Dari yang lucu hinggalah tentang pengalaman hidup. Man meletakkan kedua belah tangannya ke belakang. Menampung badan yang sedang leka memandang langit malam. Nafasnya dihembus perlahan.

"Aku nak berubah la Jali." Dia bersuara perlahan. Jali ingin menghamburan tawa.

"Berubah? Kau ingat senang? Bukan aku tak tau apa yang dah kau buat sebelum ni." Jali seperti memperlekehkan niat baik Man. Dia sudah lama kenal dengan Man. Air kencing syaitan pun Man pernah teguk.

"Aku serius la Jali. Aku betul-betul nak berubah. Tak nak buat benda-benda yang Allah larang. Teruk betul aku ni. Hidup leka dengan nikmat dunia sementara ni." Jali terlopong mendengar kata-kata dari mulut Man. Entah sejak bila si Man ni pandai berbahasa.

Perbualan mereka tamat di situ setelah Man meminta izin untuk pulang ke rumah. Jam di kala itu menunjukkan pukul 4.00 pagi. Tiba saja di rumah, Man terlihat adiknya yang masih belum tidur. Menonton siaran bola sepak barangkali. Man lantas menegur.

"Tak tidur lagi kau Lan?" Lan berpaling apabila terdengar suara abangnya menegur.

"Layan bola kejap bang." Man mampir ke arah adiknya Lantas duduk di sebelah.

"Kau tak sekolah ke esok?" Man bertanya.

"Tak la bang. Kan budak-budak ni tengah SPM." Lan menjawab. Siaran bola tamat pula tika itu. Man masuk ke dalam bilik untuk merehatkan badan. Lan tidak dapat meneka sikap abangnya yang banyak diam tika itu. Seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. Selepas menutup tv dia pergi ke bilik abangnya. Dilihat Man sedang baring di atas katil sambil merenung siling.

"Kau kenapa bang? Aku tengok diam aje.." Man tergelak kecil.

"Bila masa pulak aku diam. Kan aku tengah cakap dengan kau sekang ni." Lan duduk disisi abangnya.

"Betul jugak." Ujar Lan tanpa mengesyaki apa-apa. Mereka berdua berbual panjang. Ketika jam sudah pukul 6.00 pagi, Lan meminta diri untuk masuk tidur. Mata Man pun sudah keletihan akibat bekerja seharian sebagai pembantu tukang masak di Restoran Selera Selatan.

Langit cerah menyebabkan bilik tidur itu disinari cahaya terang. Ibu Man masuk ke biliknya. Berhajat untuk menegejutkan si anak. Setelah dua tiga kali dikejut Man masih juga tidak mencelikkan mata. Ibunya mula risau. Man di bawa ke hospital dan telah di sahkan meninggal dunia kerana diserang semput.

p/s: Allahyarham merupakan insan terpilih kerana meninggal dunia sewaktu sedang tidur. Sesungguhnya Allah swt itu lebih mengetahui segala kejadian. Biar siapa pun "F" ketika masa hidupnya, dia tetap istimewa di mata Allah swt. Mungkin aku boleh ibaratkan kisah "F" ini seperti:

Kisah Pembunuh 100 Nyawa

 Setelah genap menghilangkan 100 nyawa, dia meneruskan perjalanan dengan hati dendam bercampur galau. 

“Bila Tuhan tidak mengampuni semua kesalahanku, tak ada gunanya bertobat, ” begitu isi hatinya bicara.

Di kampung lain dia beristirehat dan bertemu dengan ulama yang lain. Seluruh kisahnya  di kemukakan.  Ulama ini, hanya tercengang mendangar kisah mengerikan itu. 

“Saya hanya ingin bertaubat, ” demikian pembunuh itu berucap.  

Ulama ini memberi jawaban bijak. “Tuhan maha pengampun, sebesar apapun dosa hambanya.”

Jawaban ini melegakan sang pembunuh. Dia pun meneruskan perjalanan untuk pulang dan segera  bertaubat. Tapi sebelum tiba di rumahnya, pembunuh ini sudah menemui ajal. Menurut kisah, Tuhan segera mengirim malaikat maut, dan mengampuni segala dosanya sebelum dia tiba di rumah.


* Semoga roh Allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan kita yang masih hidup ini selagi punya masa berubahlah ke arah yang lebih baik kerana mati tidak akan menunggu kita..

0 orang bagi komen: