"Aku nak jadi orang yang berjaya"

11:02 AM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum...
Salam Jumaat buat semua. Moga hari Jumaat yang bertarikh istimewa hari ni, 15 Dzulhijjah 1432H membawa seribu rahmat dalam hidup anda. Aku nak cakap pasal kejayaan. Successful. Apa maksud dua pekataan ni dalam hidup kita sebenarnya. No! Apa maksud dua perkataan ni dalam hidup AKU sewajarnya.

Masa sekolah dulu selalu berangan dah besar nak jadi orang yang begini dan begitu. Nak ada itu dan ini. Dan kalau boleh mahu menjadi orang yang berjaya, berharta dan KAYA. Semua orang pernah berangan nak jadi KAYA kan? Aku pun. Hakikatnya, diri aku lebih sesuai duduk di dalam situasi sederhana.

Aku terdetik nak cakap soal ni bila mana adik bongsu aku berkata, "Amin nak jadi orang yang berjaya sebab family kita takde yang berjaya." It's true. Apa yang each one of us ada sekarang adalah cukup sekadar untuk menampung hidup. Bukan sebetulnya orang yang BERJAYA. Seolah takde misi dan visi dalam hidup. Please clear your mind about 'rezeki' sebab aku bercakap soal kejayaan.

Aku sendiri sekarang hidup seolah tak fikir untuk berjaya. Sedangkan dalam azan sendiri ada menyebut, "Haiya A'lal Fallah" which means "Mari Menuju Kejayaan". Maksudnya, Islam menuntut kita menjadi manusia yang berjaya. Tapi AKU? Masih begini kerana cukup BERSYUKUR dengan REZEKI yang ALLAH beri without any mission to be the 'successful' person. Sedangkan masa kecik-kecik dulu cukup berkobar-kobar mahu jadi an establish fashion designer or have my own fashion label or my own business or my own boutique. Mana pergi semua cita-cita tu?

Aku lihat aku yang sekarang hanya duduk dihadapan skrin komputer dan life aku setakat itu saja. Aku tak tahu di masa hadapan sebab aku ada sejarah hidup. Once aku frust masa teenager dulu aku rasa itu semua salah aku sebab dok sibuk planning life yang pada akhirnya tak ke mana. Kita hanya merancang dan Allah yang menentukan. It's Qada dan Qadar dan aku terus REDHA. Just follow the flow. Hidup umpama tenang-tenang saja. Aku begitu ke sekarang? Exactly YES! Sebab tu aku tak ke mana. Aku hanya begini.

Aku suka dengar adik aku cakap macam tu. Dia ada misi dan visi. Dia nak ubah persepsi orang lain terhadap kami. Dia mahu orang lain pandang kami yang biasa sebagai yang elok-elok saja pada pandangan mata orang lain. Tapi, aku cakap dengan dia untuk berjaya kau tak boleh malas. Sebab dia malas tapi dia seorang adik yang BIJAK. Dia tak seperti aku yang perlu berusaha keras untuk dapat result yang terbaik. Dia masih muda dan setiap pandangannya fresh dan aku terima tanpa sedikit pun berkecil hati dengan kenyataan yang dia utarakan. Ia buat aku lagi berfikir apa yang aku nak dalam hidup.

Aku terlepas cakap pada kakak sulung aku dan mak aku tentang keinginan aku untuk menjadi seorang guru. Mereka menyokong tapi aku SENDIRI yang tak mahu teruskan. Honestly, aku terpaksa padam keinginan aku itu kerana aku tak mahu bebankan family aku lagi. Pada aku, biarlah dua orang adik aku tu meneruskan legasi kejayaan mereka. Sebagai kakak aku nak tengok mereka berjaya.

Dalam hati dan fikiran aku ada sesuatu yang aku NAK dalam hidup. But, i just keep it in my heart sebab takut ia tak menjadi dan hanya tinggal HARAPAN. Jadi, macam mana dengan hidup korang pula?

p/s: Walaupun hidup aku kurang BERJAYA. Tapi, aku tidak GAGAL :)

0 orang bagi komen: