"Al - Ma'tsurat tu apa?"

6:34 PM Faz.M 5 Comments


2008

Kejap lagi aku datang bilik kau...

Text messege send

"Assalamualaikum Najwa..."

"Waalaiukumusalam..Masuk la pintu tak kunci"

Aku menapak masuk ke bilik rakan yang baru aku kenali selama 4 bulan itu.

"Fuyoo, gigihnya kau nak siapkan ni Wa", Kata aku sambil merujuk ke arah lukisan bersaiz A1 di hadapan aku.

"Gigih tak gigih la. Aku tengok muka si Juliana Evans tu pun macam tak jadi sangat dah", Kata Najwa pula sambil menunujukkan lukisan pelakon Kami The Movie di atas lantai.

"Tang hidung dia kot Wa. Adjust la sikit nanti", Aku perhatikan setiap satu lakaran wajah pelakon KAMI itu. Wajah Abu dan Ali memang menjadi. Rambut Ali? Fuh! memang nampak kegigihan Najwa di situ.

Pelakon Kami The Movie by Najwa
Najwa tayang muka sedih. "Aku pun dah tak tau nak betulkan macam mana lagi dah. Eh, sorry la bilik aku sepah sikit", ujar Najwa berbahasa.

"Biasalah tu", sambungku sambil bergerak ke arah di mana Najwa berdiri. Laci meja studynya Najwa buka dan mengeluarkan sebungkus mee goreng Sedaap.

"Aku tak makan la dari tadi", kata Najwa walau belum ditanya lanjut.

Aku yang buat aksi kepoh sibuk intai-intai isi di dalam laci mejanya itu. Semua barang aku nak tengok. Aku terlihat sekeping buku senipis Yassin di tangan Najwa lantas bertanya, "Apa tu Najwa?"

"Ni? Al-Ma'tsurat", ujar Najwa sambil mengunjurkan buku nipis itu ke arahku.

Rasa ingin tahu mula membuak dalam hati aku. Al-Ma'tsurat itu aku ambil dari tangannya sambil membelek isi kandungannya. Ada surah Al-fatihah, 3 kul dan ayat kursi. Itu yang mula-mula aku perasan.

Tanpa dipinta Najwa berkata,"Al-Ma'tsurat ni mak aku yang bagi. Dia suruh bawak. Siap pesan sungguh-sungguh jangan lupa baca tiap petang.

"Kalau period boleh baca ke Wa?" Soal aku polos persis anak kecil.

"Ish, tak boleh sebab dalam ni ada ayat Quran." Aku hanya mengangguk sambil meletakkan kembali Al-Ma'tsurat milik Najwa ke dalam laci.

Petang Sabtu.

Aku bersama dua kakak ku berjalan-jalan di Jusco Taman U. Sambil-sambil tu aku hayunkan kaki ke MPH untuk membeli sedikit barang keperluan. Tiba di kaunter bayaran aku terlihat buku kecil tertulis 'Al-Ma'tsurat Sughra'. Harga RM1.00. 'Boleh simpan dalam wallet.' Kata aku di dalam hati.

Tiba di rumah aku baca sekali lalu apa yang terisi di dalam Al-Ma'tsurat. Sungguh. Tergeliat lidah aku untuk membaca ayat Quran bahana lama tak mengalunkannya.



2011

Lama ia tersimpan di dalam wallet aku itu sehinggalah satu masa aku mencarinya kembali dan saat itu, Alhamdulillah aku dapat menyudahkan bacaan zikir dan doa amalan Rasulullah SAW waktu pagi dan petang untuk pertama kalinya.

5 orang bagi komen:

saya said...

sama la mathurat kitaaaa. hehe. tapi saya punya warna pink. :)

p/s : awak lukis cantikkk. nak request picture saya boleh? :)

naim said...

Alhamduillah

Teruskan sunnah Rasullullah.. :)

saya: Bkn sy yg lukis..tp, kawan saya..she's a very talented person in art... :)

Naim: Insyaallah..amin.. :)

soooooour said...

rindu nak baca mathurat ramai2 kat hostel....

soooooour: byk betul o nak kena taip..hehe..

penah baca kat hostel??bestnye kalau sy dpt peluang tu... :)