Islam Cinta Hatiku

11:11 PM Faz.M 0 Comments


Ku renung jauh arah hadapan
Tidak ku lihat sebarang gambaran
Otakku ligat berfikiran
Bermacam telahan juga harapan

Mulut membisu, hati berkata
Tiada siapa dapat mendengarnya
Hanya Allah pendengar setia
Apa tersirat di benak jiwa

Aku akui perjalanan ini
Sungguh sukar pertama kali
Hanya Allah penguat diri
Untuk berada di jalan suci

Aku Islam sekian lama
Entah apa ku faham
Semua tentangnya
Sekali Hidayah datang menjelma
Belajar kenali Islam semula

Aku hanya insan biasa
Lagi kerdil di mata yang Esa
Penuh dosa dan juga noda
Hanya PadaMu aku meminta

Tak mahu aku menoleh lagi
Walau memori menghambat diri
Cubaku terus tabahkan HATI
Agar ia tak berulang lagi


0 orang bagi komen: