Itu Aku...

12:05 PM Faz.M 2 Comments

Itu aku
Duduk bersimpuh mengalun lagu
Itu aku
Girang bersama teman-teman dahulu
Itu aku
Perdengar suara bak merdu
Itu aku
Melengguk suara perhatian semua
Itu aku
Berbangga dengan kurniaan sementara
Itu aku
Tidak sedar semua pinjaman semata
Itu aku
Terhantuk di dinding tersedar kembali
Itu aku
Membuka lembaran baru
Itu aku
Jauh tinggalkan wahan
Itu aku
Melangkah perlahan
Itu aku
Masih perlu kekuatan
Untuk kekal dijejak ini
Mencari hidup yang abadi
Bukan di sini
Akhirat yang pasti...