Itu bukan cinta Sara...

12:18 PM Faz.M 0 Comments


 
Sumber: amanahdarikekasihku.blogspot.com



"Hei, What's up Mira!"

Mira berpaling apabila suara itu menegur. Dia melakar senyuman manis.

"Assalamualaikum cik Sara." Sara yang sedang menarik kerusi di sebelah Mira tersengih sumbing.

"Iye, Waalaikumusalam Mira." Mira menggelengkan kepala. "Kau ke mana Sara? Jenuh aku menunggu."

Sara mempamer gigi bersihnya yang tersusun rapi. "Ala sorry la aku ada hal tadi."

"Ada 'hal lagi'?" Mira dah faham sangat dengan perangai Sara yang gemar berkawan dengan ramai lelaki.

"Budak tu cute la Mira. Macam...Ha, macam Nickhun 2PM tu ha." Bukan main manis lagi senyuman Sara tatkala menggambarkan wajah 'budak cute' yang baru dikenali itu.

"Sara, sampai bila nak jadi macam ni? Si Fakhri tu kau nak campak mana? Korang dah bertunang. Lagi setapak nak ke gerbang perkahwinan. Sampai bila Sara." Acapkali peringatan itu diberi kepada Sara. Memang mereka jauh berbeza. Sara jenis up-to-date. Sebut saja fesyen terbaru pasti Sara terlebih dahulu mencubanya.

Lain pula dengan Mira. Pakaian yang meliputi badannya selalu mendapat pandangan 'jengkel' orang keliling. Walaupun begitu, Sara tetap menyenangi Mira kerana mereka berkawan sejak kecil. Jiran sebelah rumah dan membesar bersama-sama.

"Cakap pasal Fakhri, baru aku teringat flight dia delay la. Maybe, esok malam baru sampai. That means..." Senyuman cantik itu muncul lagi. Teringat akan janji temunya bersama 'budak cute' itu.

"Tak tau la aku nak cakap apa lagi dengan kau Sara." Mira mengambil egg tart di hadapannya lantas memasukkannya ke dalam mulut.

"Ala, kau asyik cakap pasal aku aje Mira. Kau tu bila lagi? Susah betul nak dapat pengganti si Lazim tu. Sudah-sudah la tu Mira. " Sara menyedut jus epal di dalam gelasnya.

"Sara, berapa kali aku nak cakap. Lazim tu tak bawak apa-apa makna pun dalam hidup aku. Dia cuma masa silam aku aje." Sara mencebik. Alasan itu saja yang Mira selalu beri bila isu itu dibangkitkan. Mira dulu dan sekarang lain. Itu hakikat. Mira dulu sama seperti dia. Entah angin apa yang membawa perubahan dalam diri Mira dia sendiri tak dapat nak menelah.

"Habis tu kenapa? Cuba kau story sikit dengan aku?" Sara sudah mengeluarkan hujah peguamnya. Mira hanya tersenyum.

"Sara, aku tak mahu orang yang sukakan aku kerana aku. Aku mahu mereka suka dan cintakan aku kerana mereka terlebih dahulu cintakan Allah dan rasulNya." Mata Mira memandang tepat ke arah Sara.

"Maksud kau?" Sarah memberi respon.

"Macam mana mereka nak menikahi aku sedangkan mereka tidak kenal Allah dan rasulNya? Itu bukan cinta Sara. itu nafsu." Sara kelihatan bingung dengan kenyataan Sara.

Mira menruskan kata, "Macam mana mereka nak menikahi aku sedangkan tiang rumah yang 'lima' itu pun tak terjaga? Aku perlukan seorang khalifah. Ketua yang mampu membimbing keluarga. Tapi, tu pun sangat susah untuk aku dapat sekarang ni." Mira tak berniat mahu memanjangkan isu. Sara pula makin dihambat rasa ingin tahu.

"Kenapa baru sekarang? Dulu kau tak pernah cakap macam ni pun. Walaupun dah lama bertudung kau redah jugak kawan dengan lelaki, holding hands. All of sudden benda ni kau nak bentang dekat aku. Why Mira?"

Mira menarik nafas dalam. "Sara, dulu dan sekarang bukan masa yang sama. Jelas sekali masa tu bergerakkan? I was change and I really hope that  people around me will accept that. Aku mengejar akhirat yang hakiki dan bukan dunia yang jadi keutamaan aku sekarang."

"But, until when you have to wait for the right person for you Mira? Kau ingat senang nak jumpa ciri-ciri 'lelaki warak' yang kau nak sangat tu?" Sarah masih belum puas. Sebelum ni Mira sering mengelak. Sekali dah diberi peluang baik dia gunakan sebaik mungkin.

"Sara, kau pernah dengar dan tahukan bahawa ajal, maut dan jodoh tu semua ditangan Allah? Aku akan tunggu Sara. Dengan sabar. Walaupun 'lelaki' yang bakal aku jumpa nanti bukanlah 'lelaki warak' seperti yang kau katakan. Jika selepas kenal aku dia mempunyai tekad untuk berubah ke arah yang lebih baik dan ikhlas untuk terima aku kerana Allah, aku tetap akan terima." Mira masih tenang menjawab setiap hujahan Sara si peguam itu.

Sara terdiam. Akalnya ligat berputar. Apa yang Mira cuba sampaikan? Cintakan Allah dan RasulNya baru cintakan dia? Khalifah? Fakhri ada ke semua ciri tu? Bolehkah dia bimbing aku yang dah jauh menyimpang ni? Sudah bertahun Fakhri berada di tanah Amerika. Adakah Fakhri masih sama seperti dulu atau sudah berubah? Social life Fakhri pun sama seperti dirinya. Perempuan dan clubbing perkara biasa. Apa akan jadi pada perkahwinan aku dan Fakhri kelak?

"Aku balik dulu." Sara mencapai begnya dan terus berlalu pergi meninggalkan Mira terpinga-pinga di Cafe Old Town itu.

KLIA, 9.00pm

Fakhri tersenyum apabila melihat kelibat ibu bapanya. Terus dia mengusung begnya ke arah di mana ibu bapanya berdiri. Matanya mencari seseorang. Sara Alia. Tunangnya yang dah ditinggal selama 4 tahun sejak menjejak bumi Amerika.

"Kamu cari siapa Fakhri?" Ibunya menegur. 

"Assalamualaikum." Suara itu menegur. Fakhri berpaling ke belakang. Imej wanita berbaju kurung berada di hadapan matanya.

"Sara?" Sara mengangguk malu.

"Alhamdulillah..." Segala puji bagi Allah. Fakhri memanjatkan kesyukuran. Tidak sia-sia dia mengambil keputusan untuk pergi meninggalkan tanah air seketika kerana 'nur' di negara asing lebih mudah meresap ke dalam hatinya. Perubahan yang nyata tidak sia-sia. Fendilah yang banyak membantu dalam membentuk dirinya menjadi muslim yang lebih baik. Sejak itu juga dia bertekad mahu membawa Sara bersama-sama ke jalan suci ini. Tidak henti-henti dia berdoa agar hubungan mereka berdua diberkati Allah swt.

Sara terpegun melihat Fakhri yang nyata telah banyak berubah. Fakhri yang lebih baik. Fakhri yang cintakan Allah dan rasulNya seperti yang disebut-sebut oleh Mira. Baru dia faham kini setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Mira petang semalam. Bagaimana dia boleh yakin bahawa Fakhri sudah berubah walau baru berapa minit bertemu muka? Kalimah itu. Alhamdulillah. Fakhri tak pernah menyebut kalimah Allah sebelum ini. Personaliti Fakhri juga nyata berlainan. Lagaknya seperti baru pulang dari Jordan dan bukan Amerika Syarikat. Sara tersenyum. Terima kasih Mira. Kata-kata kau yang sedikit itu pun mampu merubah aku bermula hari ini. Sara jalan beriringan dengan Fakhri disebelahnya. Masing-masing diam seribu bahasa. Kekok? Sudah tentu kerana sudah lama mereka berdua tidak bersua muka.

"Kita patut cepatkan pernikahan kita." Ayat sebaris itu mampu membuatkan pipi Sara Alia merona merah.

p/s: Ia sekadar sebuah cerita..Harap maklum...

0 orang bagi komen: