Masa itu kian menghampiri..

12:52 PM Faz.M 0 Comments

Masa semakin pantas berlalu
Kiamat makin hampir mendekati
Apa yang kita ada untuk detik itu?
Cukupkah semuanya?
Nafas keluhan aku lepaskan buat seminit dua
Benar,
Kepala ini tak henti berputar
Memikirkan segala persediaan
Untuk sampai ke detik itu
Bekalan untuk akhirat
Apa yang aku ada?
Bekalan untuk mati
Apa yang aku ada?
Cukupkah ia umpama mangkuk tingkat
Yang dipenuhi juadah makan tengahari?
Hati dan Akal perlu bergerak seiring
Untuk pastikan hati tidak berpaling
Apa modal untuk tetapkan hati?
Iqra', bacalah
Apa saja bahan bacaan
Umpama satu pelajaran
Untuk tetapkan iman
Untuk 'completekan' hidup yang kekosongan
Kiamat sudah dekat
Mati itu penamat
Hidup di dunia tak sepenting AKHIRAT

0 orang bagi komen: