Masa Untuk Aku

3:09 PM Faz.M 0 Comments


Tik tok, tik tok..
Masa tak pernah berhenti
24 jam sehari
Putaran sama tiap hari
Sering ku rasa ia tak mencukupi
Sedangkan ia helah sendiri

Kerja bertangguh minta di selesaikan
Sedikit pun tak ku endahkan
Sedangkan masa tetap berjalan
Meninggalkan aku statik tiada pergerakan

Semua orang pinta masa dipanjangkan
Apakan daya Tuhan lama menetapkan
Sehari semalam 24 jam buat semua insan
Suka atau pun tidak
Bijaklah menguruskan

Aku cuba atasi segala
Namun akal mengatasi segalanya
Mudah saja lepaskan keluhan
Asyik pentingkan rehat berpanjangan

Aku hanya manusia biasa
Sering dahulukan remeh perkara
Cuba aku rombakan semua
Biar waktu berjalan sempurna

0 orang bagi komen: