November dah menjengah. Cepat betul ek?

12:31 PM Faz.M 0 Comments



Assalamualaikum...
Baru dapat bernafas dengan tenang. Hari ni cukup sibuk. Aku pun tak berapa sihat. Dengan flu datang malam tadi. Lepas tu, lately mata kembali sakit. Aku cuma boleh berdoa dan berharap moga Allah kurangkan kesakitan pada mata aku ni. Takut jugak kalau makin kronik. Mudah-mudahan semua tu tak berlaku. Selagi boleh tahan, aku akan tahan. 

It's November! Percaya atau tak tinggal sebulan saja lagi dalam kalendar nak tamatkan tahun 2011. Cepat betul masa berlalu. Actually, hari ni adalah wedding anniversary Mak ayah aku. Alhamdulillah, dah 31 tahun mereka berdua mendirikan rumah tangga. Masih berada di sisi kami sepanjang 31 tahun ini. Alhamdulillah lagi. Biasanya memang takde buat apa pun untuk mak dengan papa. Selalu lupa ada la sebab ia hari pertama di bulan November. Paling koman pun bagi wish to both of them. 

Tahun ni kira tahun lengang aku sebab lepas habis study last year memang banyak masa habis dekat rumah. Tak pun jalan-jalan dengan family. Dorang la yang banyak keluar duit. Haha. Baru sebulan ni la aku bekerja. Tak tahu sampai bila akan kekal di sini. Hope, next year dapat kerja yang lebih baik.

That's all for today...
Thanks sudi jengah... :)

0 orang bagi komen: