Review TIGA novel sekaligus.. ;D

12:08 PM Faz.M 0 Comments


Assalamualaikum....
Aduh. lama gila tak buat review pasal novel. Last pasal novel Hlovate. Lepas tu memang stop kejap baca novel sebab mood membaca tu tak datang. The last 3 weeks, sempat la ngadap 3 bijik novel sekaligus. Haha. Tengok. Kalau sekali tengah gian baca novel memang asyik nak mengadap jela. So, jom mula dengan novel pertama.

Pembantu Rumah, Tuan Rumah


Kena mengaku mula-mula baca novel ni rasa macam, "Alamak ai, high class sungguh watak-watak dalam novel ni." Mana tak nya. Watak-watak utama berlatarkan golongan kelas atasan. Tan Sri, Datuk seri. Segala macam seri la nak taruk. 

Tapi, teruskan jugak la membaca. Banyak unsur humor yang diketengahkan. Dengki mendengki antara majikan dan maid dia. Lepas tu, rumah banglo mereka. Wah, sungguh khayalan ye tuan-tuan dan puan-puan. Masa baca ni aku terbayang rumah Dato' Yusuf Haslam tu je sebab swimming pool dia kat tingkat atas sekali kan? If i'm not mistaken. :)

Overall, ok. Aku dapat tau sikit-sikit pasal Kpop pun melalui novel ni la sebab heroin dia sangat gilakan Kpop. 

Teja Aulia


Bila saja mengadap karya daripada Syud ni eden terus jatuh cinta! Ahaks. Serius. Aku sangat suka idea penulisan yang segar macam ni. Sangat seronok untuk dibaca tanpa henti. Aku tak tau nak describe ke'best'an nya macam mana. Kisah dua sahabat dari kecil yang tak sedar sebenarnya dah wujud perasaan cinta dalam hati mereka.

Just imagine, dorang tak bertegur selama 3 tahun hanya kerana salah faham. Sedangkan dah kawan dari kecik lagi. Sangat merugikan masa betul la. Tapi, perjalanan ceritanya tak bosan untuk kita baca sebab nampak smooth sangat. Tak pasal-pasal Syud jadi novelis kedua paling aku adore selepas Hlovate. :)

Baju Melayu Hijau Serindit


Setelah membaca Teja Aulia, haruslah teruskan dengan membaca Novel yang ni. Tajuk panjang bebenor nak tulis banyak kali. Heheh. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab karya yang ni ada kait mengait dengan kawan si Adil iaitu Firas aka Pacai.

Selami pulak cerita cinta Pacai yang selama ni nampak cool tapi ada sejarah cinta yang disimpan kemas tanpa pengetahuan geng-geng dia. Yang dapat korek? Adil jugak. Aku impress dengan Pacai sebab walaupun Najlaa seems perfect for him tapi Wardah yang berjaya buat diri dia tak keruan. Sampai susah tidur dan hidup tak tenang. Wardah. She's the one for Pacai.... :)

Setakat ni saja yang dapat aku share. Maybe, korang sendiri patut dapatkan novel-novel ni. Itu pun kalau korang minat baca novel macam aku. 

p/s: Patut dapatkan Tentang Dhiya dulu. Tapi, yang selepasnya pulak aku dah baca. Semua cerita kait-mengait. :)

0 orang bagi komen: