"Si polan tu kerja apa sekarang?"

12:48 PM Faz.M 0 Comments


 

"Tak boleh jadi ni. Hari ni mesti kena siapkan jugak manik baju Laila ni." Alia berkata-kata pada dirinya sendiri. Langkahnya di atur pantas ke bilik belakang untuk mengambil baju pelanggan yang harus di siapkan sebelum bulan Disember menjengah.

Dek kerana langkah kelam-kabutnya yang mahu membuka pintu bilik, mak yang mahu membuka pintu diserang terkejut. 

"Ooo..mak kau!" mak melatah. Alia sudah tergelak-gelak.

"Kamu ni Alia. Apa pasal kelam-kabut macam kena kejar hantu ni?" 

"Orang nak cepat la mak. Tak sempat siap kang baju si Bedah tu." Alia minta laluan disebelah kiri maknya dan terus menuju ke arah baju kurung moden yang tergantung di dinding bilik. Di beleknya manik crumble yang sudah separuh siap itu.

"Ha, dah terlanjur kamu ada depan mak ni. Mak nak tanya sikit la." Gaya mak bercakap dah lain macam nampaknya.

"Hai, lain macam je bunyinya ni mak?" Alia dah mula rasa tak sedap hati.

"Takde la nak tanya apa pun. Kawan kau yang dulu tu. Siapa namanya?" Ibu bertanya.

"Yang mana ek?" Alia sekadar bertanya walaupun dah dapat mengagak siapa yang dimaksudkan ibunya itu.

"Ala, yang kerja dekat tempat praktikal kamu tu." Gaya ibunya dah macam Farah Fauzana semasa mengacarakan Melodi.

"Oh, Hairi? Dah lama dah contact dengan dia mak. Kenapa?" Alia sekadar bertanya. Mood dia sekarang ok-ok je.

"Dia kerja dekat mana sekarang?" Maknya bertanya lagi.

"Entah. Dekat KL lagi la kot. Tak pernah nampak pulak dekat sini." Alia menjawab jujur.

"Kerja apa dekat KL tu?" Mak belum ada tanda nak berhenti bertanya.

"Last yang Lia tau, dia dah jadi designer batik. Kerja tu la agaknya kot." Alia layan lagi.

"Dia dah ada makwe?" Papp! Soalan mak betul-betul tertepek di dahinya. Jawab jela Alia.

"Entah. Kalau ada bagus la. Alhamdulillah." Alia menjawab sekali lagi dengan jujur.

Mak terus senyap tak mahu teruskan perbualan. Alia rasa macam biasa sebab memang dah lama tak dengar khabar si Hairi. Tapi, tertanya-tanya jugak atas alasan apa mak bertanya. Risau mungkin kerana anak daranya yang dah lama single ni tak ada tanda-tanda nak berpunya.

"Tak payah risau la mak. Satu hari nanti mesti ada jodoh yang terbaik untuk Alia," Alia bercakap pada diri sendiri sekadar untuk menyedapkan hati.

p/s: conversation between me and my mum... :D

0 orang bagi komen: