Tahun baru datang lagi..

11:27 AM Faz.M 0 Comments


Dulu aku tak pernah kisah
Bila ia menjelma
Hati sekadar berkata
"Oh, Muharram tahun Hijrah"
Muharam selalu dikaitkan dengan Hijrah
Itu yang aku sedia tahu
Tanpa bertekad mahu melakukan sesuatu
Sedangkan ia tahun baru

Ia datang lagi
Dan kini sudah pasti
Takkan sekali
Aku lepaskan ia pergi
Sesuatu harus aku lakukan
Demi satu kebaikan
Demi satu perubahan

Bukan..
Lebih tepat lagi
Hijrah buat diri
Apa lagi?
Apa yang aku mesti buat?
Menjadi yang lebih baik..

Buat Siapa?

Sang Pencipta
Allah s.w.t

0 orang bagi komen: