Wanita dan Penganiayaan

4:10 PM Faz.M 0 Comments


wanita muslimah rar.jpg

Assalamualaikum...
Semua orang pun tahu bahawa wanita ni golongan yang lemah. Sebab itu wujudnya lelaki untuk di jadikan pelindung buat wanita. Tapi, zaman sekarang ni wanita selalu saja menjadi mangsa dan teraniaya. Kalau dulu kita tak banyak didedahkan dengan kisah-kisah hidup wanita. Sekarang ni wanita menjadi lebih berani untuk mengambil tindakan dan menegakkan hak seorang wanita.

Amboi, kemain serius intro aku. Haha. Ok la, aku cakap macam tu sebab minggu ni kerap menonton wanita Hari Ini. Ala yang kat tv3 pukul 12 tengah hari tu. Banyak pulak topik yang buatkan air mata seorang wanita tu senang saja nak menitiskan? Semalam kalau tak silap aku tentang topik "Bujang tak, kahwin pun tak." Kalau tak salah aku la. Pasal wanita yang di tinggalkan suami gantung tak bertali. Orang perempuan ni selalu akan fikir anak dulu kalau nak buat apa-apa keputusan. Kesian gak la tengok mak cik tu yang tak nak bercerai dengan suami dia hanya kerana tak nak anak-anak di biar tak berbapa.

Itu satu hal la. Yang tak syoknya bila wanita menganiaya wanita. Apa hal? dah la kaum sejenis. Tapi, still nak buat macam tu jugak. Ini berkenaan dengan topik dalam WHI hari ni pulak. Kisah Ibu mertua tak suka pada menantu. Aish, gerun aku nak kahwin camni. Haha. Aku ada pengalaman. Kebenarannya agak kabur untuk aku sebab hanya Allah saja yang tahu. Nak dipendekkan cerita, dulu ex-bf aku mak nya tak berapa berkenan dengan aku. Uish, selamat jugak la dah jadi ex. Kalau masih together jenuh aku nak berhadapan dengan situasi yang aku sendiri tak dapat nak jangka.

Ini la yang aku tak faham dengan orang tua yang bergelar wanita ni. Kenapa mesti tak suka sedangkan si menantu tu dah cuba macam-macam cara untuk ambil hati si mertua. Cuba la letakkan keadaan awak tu dekat menantu awak. Apa yang awak rasa agaknya? sakitkan? So, cuba la toleransi sikit. Bijak dalam melakukan sesuatu walaupun wanita ni penuh dengan emosi. Sewajarnya kita sebagai umat Islam ni harus ada pedoman dalam diri dan iman. Tapi, kalau dah tak tinggal solat dan amal ibadat yang lain tapi still berlaku kejam sesama manusia. Macam mana tu? 

Bila kita melakukan dosa kepada Allah swt, kita boleh bertaubat dan minta ampun kepadaNya.
Tapi, bila kita melakukan dosa terhadap manusia, hanya mereka yang boleh memaafkan kita.
Jadi, minta maaflah sebelum terlambat....

0 orang bagi komen: