Allah s.w.t Knows Better

11:47 AM Faz.M 0 Comments


Assalamualaikum...
Dari semalam baris ayat yang menjadi tajuk entri kali ni tak berhenti-berhenti terucap di dalam hati aku. Allah knows better. Allah lebih menegtahui setiap kejadian. Kun fa yakun. Semua berkenaan dengan takdir. Faith. Dan aku seharusnya reda. Ya, memang aku reda.

Semuanya jadi terlalu pantas. Itu yang buat aku lebih mengerti tentang qada dan qadar. Tentang apa yang dikatakan takdir Allah. Allah telah menunjukkan kebesarannya kepada aku. Betapa Allah itu maha berkuasa dan kita sebagai manusia takkan boleh menandingi atau megubah takdir Allah.

Jika Allah menginginkannya di hanya berkata Kun Fa Yakun. Jika Allah mahu ia terjadi, maka jadilah ia. Walaupun kita sudah berhati-hati. Menjaga sebaik mungkin. Tetapi, jika Allah menginginkannya begitu ia tetap jua akan terjadi. 

Ia kisah kucing yang baru ku jaga selama 2 bulan. Selama dua bulan itu la aku cuba menjaga Mat dengan baik. Mat pernah diserang sembelit 3 minggu yang lepas. Aku bawa ke klinik veterinar milik kerajaan. Katanya, jalan terakhir adalah dengan 'menidurkan' saja Mat dari dibiar dia terseksa hidup dengan ususnya yang terkeluar itu. Tika itu aku hanya mampu menangis dan minta maaf kepada si kucing kecil dan mohon ampun dari Allah kerana tidak menjaga pinjamanNya dengan baik. 

Aku mohon diberi peluang untuk menjaga Mat sehingga dia pulih. Janji aku adalah untuk menjaga Mat sebagai makhluk pinjaman dari Allah buat aku. Adik aku mengusul cadangan untuk bawa sahaja ke klinik veterinar swasta. Kami bertiga berkongsi wang saku masing-masing kerana kos untuk operate Mat yang agak tinggi. Tapi, tak mengapa kerana ia inisiatif terakhir. Selagi Allah membenarkan Mat hidup, kami akan jaga dia.

Mat semakin pulih selepas dibedah. Dia semakin sihat dan bermain dengan riangnya bersama Eid walaupun sistem penghadaman Mat tidak seperti sedia kala. Mat tetap mengalami kesukaran untuk membuang najisnya. Last night was a history. Mat tetap pergi. Tapi, bukan kerana penyakitnya. Mat pergi setelah dilanggar kereta. Usually, kami akan terus bawa Mat masuk lepas dia berlari laju keluar dari pintu rumah. Tapi, malam tadi aku dan adik aku hanya membiarkan.

Sehinggalah saat aku seru namanya yang tidak bersahut dan tiada tanda dia akan datang, terus aku tak sedap hati. Untuk kali kedua aku membuka pintu dan memanggilnya. Aku teringat akan kehadiran kawan aku sebelum itu. Besar kemungkinan Mat berlari ke bawah keretanya. Nyata, telahan aku benar sama sekali. Badan longlai Mat aku temui di hadapan rumah dengan mata terkeluar. Badanya masih panas. Lembut bulunya masih terasa.

Allah. Kau beri lagi dugaan buat aku. Astaghfirullahalazim. Hanya itu yang terucap di bibir aku berselang dengan kalimah Allahuakbar. Sungguh, aku memang takkan mampu melawan kehendakNya. Aku tak mampu menagis lagi tika itu. Selesai menimbus tubuh kecil Mat ke dalam tanah aku masih terasa ia bagai mimpi. Selang setengah jam selepas itu baru aku terasa sesuatu. RINDU. Sungguh aku rindu akan Mat. Masa 2 bulan itu nyata tidak cukup buat aku untuk membelai Mat yang masih kecil. I do love Mat very much

Tapi, aku harus REDA. Walau ia perit untuk menghadap kematian kucing kesayangan buat kali kedua dalam masa dua bulan ini. Aku cuba untuk KUAT. Hanya itu yang aku pinta pada Allah kerana aku hambuMu yang lemah. Berilah aku kekuatan Ya Allah. Sesungguhnya, kau lebih mengetahui sebab musababnya. Aku reda Ya   
Allah. Moga kau pertemukan aku dengan setiap kucing peliharaan aku di alam lain nanti.   

I <3 Mat  :'(

0 orang bagi komen: