Dah setahun rupanya....

11:28 PM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum...
Tanpa aku sedari, amboi mukadimah kemain lagi. Heheh. Rupanya blog aku ni dah berusia setahun. Tarikh sebenarnya pun dah lepas dah. 4 November hari tu. Aku beria jugak tunggu. Tapi, bajet busy aku pun tak teringat. Tengok the first entry barulah tau yang blog aku ni dah sampai setahun.

So, dalam jangka masa setahun ni apa aku dah buat dengan blog? Banyak. Dari luah perasaan, luah pendapat, kongsi idea sampai la kongsi cerita. Bukan ke tu semua cara kita jalankan blog kita? Depends kepada setiap individu tu sendiri la. Pada aku, blog aku ni dah lalui macam-macam perkara. Maksudnya tu, penulisan aku yang agak random. Ikut suka aku je nak tulis macam mana. 

Tak spesifik pun. Berubah-ubah ikut mood aku and mostly aku senang terpengaruh dengan blogger lain. I admit that. Ada orang baru 3 bulan berblog dah ada 1000 follower. Tapi, aku dah setahun nak cecah 200 pun susah. But, it's ok. Dia ikut usaha kita jugak sebenarnya. Sama ada kita betul-betul nak blog kita dikenali ataupun sekadar buat untuk suka-suka aje. I want both. Tapi, susah rasanya nak dapat follower beriban memandangkan blogging ni dah jadi trend.

Cukup bebel takat tu. Sekarang aku nak share header blog aku dah buat sepanjang setahun ni. Banyak kot. Terlebih rajin atau sebenarnya tak jumpa yang betul-betul sebati dengan jiwa. Eceh. Hope, yang sekarang punya ni last la. Tak nak tukar-tukar lagi. Header is like a trademark for your blog. Macam Hanis, dari dulu sampai sekarang header dia sama aje. Takde nak tukar-tukar pun. (Nak Hanis jugak jadi contoh :p)

Jom cekidaut header hasil kerja tangan bersama mouse aku... :)

Buat guna Ai..satu2nya software yang aku ada masa tu. Time ni sibuk nak tonjolkan apa yang ada dalam diri. Obvious kan? :p

Still guna Ai...dah minimize sikit. Tak crowded macam yang first tadi..

First time buat doodle. Pun guna Ai + Picnik.com
Time ni tengah teruja dengan template dari macam-macam web yang last-last banyak nyusahkan aku..

Header paling simple..just guna gambar. Ada jugak yang bagi komen suka dengan header ni. Sayangnya, tak kekal lama jugak...

Ok, mula berjinak-jinak dengan transparent header. Belajar sendiri ikut tutorial yang melambak dekat blog orang. Terhasil la header transparent yang pertama ni. Lama jugak kot pakai sebab perasaan sendiri yang header ni cantik.. :p

Aku rasa yang ni paling lama pakai. Time ni aku selesa orang kenal blog ni dengan Random Sheet of Mine! Sebab blog aku memang tulis macam-macam benda.

Ok. Ini yang paling latest aku buat. Simple sangat. Tu yang aku suka sebenarnya. Hope lepas ni takde tukar-tukar lagi la ye.

Orite, that's all for today. Blogging ni memang best sebab mostly orang akan tulis apa yang dia rasa. Tapi, kalau orang yang betul-betul nak berjaya dalam dunia blog dia akan buat macam-macam untuk naikkan blog dia. Aku, tak nak pulak macam tu. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Pada aku itu dah cukup..

p/s: Selepas setahun blogging, aku dah dapat apa yang aku nak. Jumpa Hanis Zalikha. Bunyi cliche. Tapi, memang tu yang aku teringin sejak mula berblogging...Owh, happy jugak sebab pada saat ni viewer aku dah cecah 19 000. Itu dah cukup baik sebenarnya dalam masa setahun walau tak punya ramai follower.. :)

0 orang bagi komen: